Sunday, January 31, 2010

Gula Putih VS Gula Merah


“kak, bagi air soya dua bungkus.”

”nak gula putih atau gula merah ?”

”gula merah.”


Apa bezanya antara gula putih dan gula merah?
Kedua-duanya memberi rasa manis......
Bagi sesetengah orang, tiada bezanya antara gula putih dan gula merah. Tetapi bagi yang mengetahui, pastinya dapat membezakan antara gula putih dan gula merah. Gula putih sebenarnya tidak mengandungi khasiat melainkan hanya menambah kalori dalam badan. Tetapi sebaliknya, gula merah mengandungi pelbagai khasiat berbanding gula putih.

Sebenarnya, dalam kehidupan kita, seringkali kita bertemu dengan situasi ‘gula putih dan gula merah.’ Zahirnya sesuatu itu dilihat serupa, tetapi hakikat disebaliknya amat berbeza……………


Sebagai contoh, dua individu memberi derma kepada anak yatim. Seorang meminta supaya tidak diberitahu sesiapa tentang derma yang disumbangnya. Ikhlas kerana Allah katanya. Seorang lagi pula mengenakan syarat untuk derma tersebut. Syaratnya, mestilah dihebahkan di akhbar tentang dermanya. Tujuannya supaya nama individu atau syarikat tersebut mendapat publisiti masyarakat.

Amal yang sama. Tetapi memberi kesan dan natijah yang berbeza.
Amal kebajikan sepatutnya dapat memberi ‘kemanisan’ serta ‘khasiat’ kepada pengamalnya. Malangnya, amalan yang diselitkan dengan tujuan tertentu selain kerana Allah, hanyalah menatijahkan ‘kemanisan’ kepada pengamalnya, tetapi tidak mendapat ‘khasiat’ atau ‘kebaikan’ daripada amal tersebut.

Kemanisan yang ditafsirkan sebagai kebaikan di dunia semata-mata, sebagaimana manisnya gula yang hanya dapat dinikmati pada lidah. Tetapi yang lebih penting dalam kehidupan seorang muslim ialah ‘khasiat’ atau kebaikan yang bakal diperoleh di akhirat.
Allah tidak melarang kita untuk merasai ‘kemanisan’ di dunia, tetapi yang lebih utama ialah ‘khasiat’ dan kebaikan di akhirat.

Dalam surah Al-Qasas ayat 77, Allah berfirman ;-

“dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia……….”

Tujuan manusia diciptakan oleh Allah ialah untuk beribadah kepadaNYA. Ibadah tidak hanya terhad kepada apa yang terkandung dalam rukun islam semata-mata, tetapi merangkumi seluruh amalan seharian kita. Syaratnya, NIAT semata-mata kerana Allah.
Hal inilah yang menentukan ‘kemanisan’ dan ‘khasiat’ yang akan dirasai serta dinikmati.

Ramai yang mengatakan bahawa mereka berjuang. Sanggup menghabiskan harta, tenaga dan masa semata-mata kerana perjuangan. Malah ada yang sanggup menggadaikan nyawa demi perjuangan yang dianggap suci, semata-mata untuk menegakkan apa yang diperjuangkannya tersebut. Seluruh hidupnya ditumpukan kepada perjuangan. Malah ada yang menjadikan perjuangan tersebut sebagai matlamat hidupnya. ‘Kemanisan’ hidupnya hanya dapat diperoleh dalam perjuangan tersebut.

Namun disebalik ‘kemanisan’ perjuangan yang dirasai, adakah di sana terdapat ‘khasiat’ yang bakal diperolehi?

"Sesungguhnya, Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Qur`an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan, dan itulah kemenangan yang besar." (at-Taubah: 111)

Syarat mendapat ‘khasiat’ iaitu ‘kemenangan yang besar’ dan syurga yang dijanjikan oleh Allah ialah berperang atau berjuang di jalan Allah. Berjuang tidak semestinya dengan senjata serta mengorbankan diri. Sebaliknya, seorang muslim dan mukmin juga menggunakan hartanya, masanya, tenaganya serta dirinya untuk kebaikan agamanya. Maka itulah yang dikatakan sebagai perjuangan yang menjanjikan kemanisan serta khasiat dan kebaikan.

Perjuangan yang meletakkan Allah di hadapan, yang menjadikan Al-quran dan As-sunnah sebagai pegangan, serta bercita-cita melihat tertegaknya kalimah Allah di muka bumi sebagai impian dan harapan.

Malanglah bagi mereka yang telah bersusah payah berjuang sepanjang hayatnya, tetapi silap dalam memilih perkara yang diperjuangkan.

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)


Allah telah menjelaskan setiap sesuatu kepada hamba-hambaNYA. Pilihan berada di tangan kita. Sama ada mahu memilih dunia atau syurga. Bahagia atau derita. Gula putih atau gula merah………


Alhamdulillah - selesai satu perkara!!!

"Uncle...!!!" aku menyapa Mr Ooi yang sedang menunggu aku di restoran Khaleel.

"Ya..ya... order what U want to eat." Mr Ooi memperlawa aku makan.

"Its OK Uncle." aku menolak, malu-malu kucing pulak.

"No, no...hey! ambilkan dia nasi, kasi taruk itu ayam, sayur, tauhu...letak sotong juga..." Mr Ooi menyuruh seorang pelayan mengambilkan nasi untuk aku.

"takpa,takpa...saya tak makan sotong." akhirnya aku sendiri yang pergi ke kaunter untuk mengambil nasi.

"haaa, how about your hand? semua OK ka? have you see the doctor? USM got clinic right? U can sleep ah last night?"

"No Uncle. I didn't see the doctor. There, this clinic also panel of USM. Just letak minyak saja tadi. Badan, tangan dan kaki bengkak-bengkak sikit. But its OK."






"haaa.. makan!!!"

"Uncle tak makan ka?" segan pula makan seorang diri.

"sudah..sudah."

"OK, so semalam I've discussed with my wife. She said that U are just a student. So, she say its OK lah."

"So, you don't need to pay anything. You just repair your motorcycle." tertunduk aku, terharu mendengar kenyataan Uncle tadi.

"besides, you are a nice person I see. kelmarin pun you cakap baik." malu aku mendengar kenyataan tersebut. (betul ker baik?)

"How much the cost to repair your car, Uncle?"

"Hmmm, the lamp only...it's about Rm800. then i need to paint it back, and so on..."

dalam hati aku berkira-kira. hampir mencecah RM1500 jumlah yang Uncle kena bayar untuk baiki keretanya. Aku rasa sangat bersalah.

"So, how about the Insurance? Uncle tak nak claim kah?"

"I can claim the insurance, but it is very complicated. So many procedures. So i've decide not to claim. Its OK. It is not about the money."

"Owh, sorry uncle."

" I didn't tell this to my parent. Tak nak nanti mereka risau. lagipun Its about money kan? So, i don't want to ask from them."

"Hah! you see. You are nice person. I didn't misjudged right? Ya lah. nanti mereka risau. Ask you so many thing. Your parent kerja apa?"

aku ceritakan sedikit tentang keluarga aku kepada uncle...

"you student tahun berapa?"

"tahun 4 uncle. Final semester."

"See, U sudah final year. Kalau you kena bayar, nanti you kena fikir pasal duit lagi, study lagi. That's why we decide not to ask you to pay. Your loan is enough ka every semester."

"this semester kami ada problem sikit dengan loan PTPTN. the whole batch still don't get the loan." aku ceritakan sedikit masalah yang kami hadapi, dan juga masalah sama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang mendapat status P1 (PNGK bawah 2.0)

"Ok, you tak perlu fikir pasal duit, so you must study hard." aku hanya tersenyum mendengar nasihat Mr Ooi.

"Hmmm, you ambil what course?"

"Food Technology uncle."

"hhmm good course isn't it."

"OK, I have a suggestion. After you graduated, U buat bisnes nasi lemak. Komersial nasi lemak. You learn about food, so you know how to preserve it right? sekarang ni belum ada lagi yang buat. You can market it to the restaurant, like this. nobody doing it, doesn't mean cannot do right?" aku tersenyum sambil mengiyakan pandangan uncle tadi.

banyak perkara yang kami bincangkan tengah hari itu. Mr Ooi memiliki sebuah syarikat menjual alat menjimatkan tenaga di Pulau Pinang. Dia tinggal di Ivory, berdekatan dengan USM. Anaknya belajar di Unimas setelah gagal mendapat tempat di USM. kelmarin sewaktu berlanggar dengan keretanya, dia dalam perjalanan pulang selepas menghantar rakan anaknya ke USM.

dan aku bersyukur sangat-sangat. Allah telah mempermudahkan urusan aku. Pasal motor, tunggu dululah. Biar masa yang menentukan. So, sekarang ni, nampak gaya kena berjalan kaki lah ke mana-mana...

Uncle pulang...

aku habiskan nasi, lalu berjalan pulang ke kampus. Dalam perjalan, aku memikirkan kembali peristiwa yang berlaku. cuba kaitkan dengan hidup aku, lalu cuba kaitkan dengan rahmat Allah kepada manusia, kaitkan dengan semua. baru aku terasa bahawa nikmat dan rezeki Allah itu bukan dalam bentuk material semata-mata. tiada wang juga boleh senang bukan? Nikmat ketenangan dan kesenangan itu sebenarnya lebih berharga.

kelmarin, setelah aku 'tergolek' di tepi jalan, hati aku tidak pula merasa 'takut' atau gementar.(kecuali beberapa detik sebelum berlanggar). setelah Uncle keluar daripada kereta, tidak pula rasa 'cuak' melihat mukanya walaupun sedikit berdebar menanti apa yang bakal terjadi. Tapi alhamdulillah, walaupun pada awalnya banyak persoalan dilontarkan, tapi aku masih mampu tersenyum melayan setiap pertanyaan.

tambahan pula berlaku di dalam kampus. banyak kenderaan lalu lalang di jalan utama. malu? aku tinggalkan di tepi...buat seolah-olah tiada apa yang terjadi. Nasib baik ada seorang sahabat yang berhenti, manawarkan pertolongan. walaupun ada juga yang hanya lalu, dan melihat...lalu terus bergerak ke hadapan. Mungkin tidak perasan aku yang berada di situ. tak mengapalah.... semua itu tidak lagi penting.

apa yang penting ?

KERJASAMA.......!!!!!

Friday, January 29, 2010

transformer tak cukup sifat...




ALHAMDULILLAH.....

BARU SEKEJAP TADI ALLAH BAGI SATU UJIAN...

CADANGNYA NAK BAWAK JUNIOR PERGI MAKAN DEKAT LUAR, BARU SEPARUH JALAN TERPAKSA BATAL PROGRAM...

LANGGAR PLAK BUKAN KERETA MURAH. TOYOTA ALTIS...

DOK MEMIKIR, MANA NAK 'CURI' @ CARI DUIT NAK BAYAR...
DAH LA PINJAMAN PUN SANGKUT...
TAPI TAKPA, SIKIT BARU NI...



sebuah harapan

“tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” (H.R Muslim)


“sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara……”
(Al-Hujurat : 10)


“"Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ianya mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir, bila berkelahi dia kejam" (Riwayat Muttafaq Alaih)

“Dalam ‘talk 2012’ yang lepas, ustaz Syaari ada katakan bahawa student merupakan ‘problem solver’. Hari ni kita nak bincangkan satu isu yang agak besar.”

“Baik, daripada ketiga-tiga hadis dan ayat Al-Quran yang abang sebutkan tadi, cuba gabung-jalinkan dan beritahu apa sebenarnya yang abang nak bincangkan hari ni.” Lebih kurang begitu soalan yang aku lontarkan kepada adik2 usrah petang tadi.


Keluarlah pandangan dan pendapat yang pelbagai, tentang persaudaraan, tentang berpegang kepada kalimah LAILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH dan lain-lain.

Memandangkan pilihanraya kampus baru saja berakhir, ada adik usrah yang mencadangkan hari ini kita bincangkan tentang pilihanraya kampus. Benar, isu hari ini ada perkaitan sedikit dengan PRK. Aku memetik kata-kata seorang sahabat yang beliau ‘riwayatkan’ daripada seorang senior.

“pilihanraya kampus ini merupakan satu medan untuk kita menguji sejauh mana dakwah kita berkesan terhadap masyarakat kampus.”

“ Sekiranya dakwah kita berkesan dan diterima oleh masyarakat kampus, nescaya kita akan diterima. Tetapi, lihatlah kembali. Maksudnya dakwah kita masih belum sampai ke mana.“ aku menambah.

Usrah kali ini adalah antara usrah yang paling ‘telus’ pernah dibuat. Aku menyentuh kembali ayat2 yang dibacakan pada awal usrah berjalan.

“kita mengatakan orang beriman itu bersaudara, tetapi bagaimana kita melihat mereka?”

“kita membaca bahawa sifat orang-orang munafik adalah sedemikian, adakah kita memandang orang lain sebegitu atau sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya kita yang mewarisi sifat tu? Kita katakan orang beriman itu bersaudara, benarkah hati kita menganggap mereka saudara atau kita menganggap sebagai musuh?”

Sebenarnya kami membincangkan bagaimana generasi sekarang ini perlu memikirkan kaedah dan strategi untuk menyatukan umat islam (baca melayu islam). Aku katakan kepada mereka bahawa model atau modul yang digunapakai oleh generasi sekarang gagal menyatukan kita. Jadi adakah kita terus menerus mahu menggunakan modul yang ‘gagal’ ini. Bukan soal berputus asa atau kecewa, tetapi persoalannya jauh lebih besar.

Tanpa menafikan wujudnya ‘tangan-tangan ghaib’ yang mahu mengawal pergerakan dan pemikiran kita dan mahasiswa, kita perlu memikirkan strategi yang dapat mengatasi masalah ini.

Ada yang kurang sependapat (tiada masalah), lalu aku katakan:

“pernah atau tidak kita berada bersama-sama mereka, mengatakan ini tidak boleh, ini tidak sepatutnya dilakukan, islam mengajar kita begini dan begini?”

“pernah” jawab seorang adik usrah.

“saya pernah buat macam tu dalam MPD. Saya tegur mereka begini dan begini ketika meeting dan…..”

“mereka terima atau tidak teguran tu?” aku bertanya kembali.

“mereka terima.”

“Nah! mereka boleh terima sebenarnya. tapi pernah tak kita buat begitu dalam skop yang lebih luas? Tak pernah kan? Ataupun sangat kurang kita buat begitu. itu masalah kita.”

Kekadang kita terlalu meletakkan ‘gap’ antara kita. Seolah-olah ada blok yang menghalang kita untuk bersama-sama dengan mereka. Dalam diri kita telah wujud SKEMA yang negatif.

Baru sahaja aku berbincang dan meluahkan perasaan yang telah lama dipendam ini dengan seorang sahabat dan juga pemimpin pelajar yang aku sanjungi. Aku nyatakan harapan untuk melihat tiada lagi kelompok-kelompok yang memecah-belahkan kita. Beliau berkongsi pandangan yang serupa. Agak banyak perkara yang kami bincangkan, dan aku merasakan seolah-olah harapan itu muncul kembali. Cuma banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mencapai ‘harapan’ tersebut.

“perkara ni boleh terjadi, dengan syarat senior yang berfikiran lama tak ada lagi dan junior tak dipengaruhi.”

“tak jugak” aku menjawab.

“sebenarnya senior-senior ni yang perlu berubah, sebab senior-senior yang akan membawa pemikiran ni kepada adik-adik. Tapi masalahnya tak ramai yang mahu dan berani untuk berubah.”

Lalu aku bawakan ‘harapan’ ini kepada adik-adikku dengan harapan generasi merekalah nanti yang akan menghidupkan ‘harapan’ itu. Bermula di Universiti Sains Malaysia.

Perbincangan bercampur baur dengan perasaan. Tak mengapa jika tidak bersetuju dengan pendapat ini. Tapi kita mesti jelas matlamat kita.

“apabila umat islam bersatu, baru kita akan dapat melihat siapa musuh yang sebenar. Tadi Anas ada menyebut tentang yahudi dan nasrani yang akan terus memerangi umat islam. Itu musuh sebenar kita.”

“jika masalah rumah tangga sendiri tidak dapat kita selesaikan, macam mana nak selesaikan masalah jiran. Tak pelikkah, isu kalimah Allah sebagai contoh. Isu ni dibawa oleh orang bukan islam, tapi kita lihat orang islam yang bergaduh. Macam mana ni ?”

“matlamat kita tak lari. Kita tetap nak tegakkan islam. Cuma strategi kita perlu berubah.”

“jadi apa abang rasa tindakan yang perlu kita buat?” seorang adik bertanya. Persoalan ini sebenarnya agak berat untuk dijawab.

“paling penting, kita perlu ubah dulu pemikiran kita terhadap orang lain.”

“memang takkan semua orang boleh terima dan akan bersama-sama dengan kita. Tapi sekurang-kurangnya mereka faham apa yang kita nak bawa. Yang penting, kita dulu kena faham apa yang hendak dibawa.” Komen seorang adik yang lain.

“Balik nanti, fikir-fikirkan balik tentang perkara ni. Sebelum tidur, cuba kita fikirkan masalah ni. Rasulullah sebelum tidur, Baginda selalu fikirkan masalah umat. Sebab tu sebelum wafat, baginda menyebut umatku, umatku. Kita pun kena fikirkan benda yang sama. Masalah ni merupakan masalah umat. Umat islam.” Aku menggulung perbincangan.

Banyak lagi yang dibincang tadi. Daripada jawapan yang dikemukakan, aku melihat ada harapan untuk generasi akan datang lebih menyerlah. Walaupun pandangan ini tak diterima oleh semua, tapi biarlah. Perubahan tidak boleh secara drastik. Ada fasa-fasa yang perlu ditempuh. Apa-apa pun, aku harap sahabat-sahabat yang tidak sependapat, jangan pula menganggap aku cuba membawa sesuatu yang seolah-olah mahu memecahkan jamaah. Tidak sama sekali…

Segala yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu daripada kelemahan dirisendiri yang dipenuhi sifat jahil.

Allahu’alam…

*** segala dialog diatas mungkin telah diolah kerana aku tak dapat mengingati segala yang dibincangkan tadi. tetapi isi kandungannya tidak lari daripada perbincangan tersebut.



Wednesday, January 27, 2010

KISAH AGEN W1MAX YANG HAMPEH !!!



Al-kisah di Universiti Sains Malaysia, terdapat beberapa orang agen W1MAX yang bercita-cita besar mahu menjadi agen tunggal dan termaju di USM. Melihat kepada keadaan USM yang masih tiada pesaing yang mantap, mereka mengimpikan setiap warga USM ini akan memiliki W1MAX yang mereka promosikan.

Namun akibat ketidakpandaian a.k.a ala-ala bodoh dalam perniagaan, mereka tidak berjaya menjual walau satu pun W1MAX yang mereka banggakan itu. Tidak ambil tahu atau bagaimana, rupa-rupanya di dalam USM belum lagi mempunyai rangkaian jalur lebar W1MAX, walaupun sekitar USM seperti TESCO Sungai Dua dan Gelugor sudah ada jaringan tersebut.

Maka, untuk tidak mengecewakan tauke dan juga diri mereka, berbekalkan tema ‘POTONG’, mereka mencari alternatif lain. Akhirnya mereka memutuskan untuk memotong BANNER calon-calon Pro-Mahasiswa dan BEBAS yang bertanding dalam pilihanraya kampus USM yang sedang berlangsung.

Kemaruk punya pasal, tak dapat potong ‘line’ orang, POTONG BANNER pun jadilah. Setidak-tidaknya mereka dapat melepaskan GIAN untuk memotong. Nanti bolehlah mereka laporkan kepada tauke bahawa ‘KAMI BERJAYA MEMOTONG’. Pasti tauke mereka akan berbangga dengan mereka…

POTONG, POTONG, POTONG, POTONG…….!!!!!!!!!!!!!!!





Monday, January 25, 2010

GENERASI KU BUKAN GENERASI PILIHAN....

PSIKOLOGI SOSIAL > rupa-rupanya subjek psikologi sangat menarik. Cara pelaksanaan kuliah dan tutorial juga amat aku suka. Dalam tutorial, para pelajar diminta membahaskan soalan yang dikemukakan dalam dewan kuliah. Ada pula kumpulan yang akan mengkritik, dan pelajar lain juga dibenarkan mengkritik. Andai aku dapat kembali menjadi tahun 1, pasti aku akan ambil kursus psikologi sebagai kursus minor… namun apakan daya… aku dah berada di tahun akhir.

Satu kenyataan pensyarah aku catat dan masih ingat, apabila membahaskan tajuk ‘kognisi (pemikiran) dan tingkah laku. Katanya, dalam satu kajian yang menggunakan teknologi imbasan otak, didapati corak aktiviti yang berlaku dalam otak ketika kita berjumpa atau melihat orang yang dibenci adalah sama coraknya apabila kita melihat sesuatu yang menjijikkan seperti najis.

Dalam tajuk yang lain pula, ketika membincangkan tentang SKEMA***, katanya
“kita lebih cenderung untuk mendapatkan dan menggunakan maklumat yang konsisten dengan skema.”
Contohnya, apabila kita mempunyai suatu persepsi yang buruk terhadap seseorang atau sesuatu pihak, kita akan cenderung untuk mengatakan ‘buruk’ terhadap setiap tindakan yang dilakukannya, walaupun tindakan dan perbuatannya itu adalah tindakan yang baik dan benar.

Contoh yang diberikan lagi…Kesan berlanjutan daripada SKEMA pula ialah kita tidak mengenali individu itu. Seorang rakan memberitahu kepada kita bahawa individu tersebut sombong, padahal individu tersebut merupakan seorang yang mesra dan ramah.

Apabila kita bertembung dengan individu tersebut, kita tidak memandang atau senyum kepadanya kerana dalam persepsi kita menganggap bahawa individu tersebut seorang yang sombong. Akibat perbuatan kita itu, individu tadi pun tidak menegur kita. Maka kita terus membenarkan kata-kata kawan kita bahawa individu tersebut memang seorang yang sombong. PADAHAL, perkara tersebut terjadi kerana sikap dan tindakan kita sendiri…

NAH !!! adakah perkara ini berlaku kepada kita?

BENAR !!!!!!!! SANGAT BENAR…

Perkara sebeginilah sebenarnya yang berlaku, dan inilah punca kita tidak dapat bersatu.

Contoh paling dekat berlaku kepada diriku…
Jiran bilik aku seorang cina…semester pertama aku di desasiswa baru, tak pernah aku bercakap dengannya. Juga beberapa orang yang selalu melalui hadapan bilikku. Apabila bertembung, masing-masing cuba melarikan anak mata. Tetapi, setelah kejadian laptopku hilang di dalam bilik, aku menggunakan alasan tersebut untuk mengetuk pintu bilik mereka dan bertanyakan tentang hal tersebut. Alhamdulillah, sekarang ini setiap kali kami bersua muka, ada saja patah yang akan keluar dari mulut. Kalau pun tidak, pasti ada senyuman di bibir.

Begitu juga ketika di matrikulasi. Kami selalu bertemu di dalam tandas, ketika dia sedang membasuh baju. Tabiatnya suka membuka air dan membiarkan saja air tersebut mencurah-curah di atas baju. Aku selalu tidak puas hati walaupun tidak pernah mengatakan hal tersebut. Kami tidak pernah bertegur sapa, sehinggalah suatu hari ada peristiwa yang menyebabkan kami bertegur sapa (aku dah lupa). Akhirnya kami sama-sama ke USM dan dia merupakan salah seorang sahabat dan Exco dalam PMIUSM. Siapa dia? (biarlah rahsia).

Mereka ‘sombong’ bukan kerana sifat mereka yang sombong, tetapi kerana kita sendiri yang ‘sombong’ untuk mengenali mereka.

Aku betul-betul bangga dengan seorang adik ni. Dia mendengar, tetapi tidak terus mempercayai. Biar dia sendiri yang pastikan berita yang sering dimomokkan.

Kekadang persepsi kita melebihi segala-galanya. Persepsi terhadap orang lain, persepsi terhadap pensyarah, persepsi terhadap orang dan parti politik. Semua itu persepsi. Kita hidup dalam persepsi, tanpa kita cuba mahu keluar ke alam realiti. Jika benar kita di dalam realiti, mengapa kebaikan itu dianggap kejahatan. Mengapa yang benar itu dianggap salah. Dan mengapa yang salah itu berterusan dianggap benar.

Dunia itu bukanlah bersifat HITAM dan PUTIH. Dunia ini penuh dengan warna yang pelbagai. Soal syurga-neraka, dosa-pahala. BENAR, itu hanya ada dua pilihan. Namun, untuk mengatakan SALAH selama-lamanya kepada satu pihak dan BENAR selama-lamanya kepada pihak yang lain, perbuatan itu adalah SALAH.

Berubah itu bukan daripada satu pihak sahaja. Tetapi lahir daripada keikhlasan kedua-dua belah pihak. Persoalannya, sudahkah kita bersedia untuk membuang segala persepsi yang menjadi penghalang kepada perpaduan ini? Sedangkan kita tahu perancangan rapi musuh-musuh Allah untuk merosakkan umat manusia, kita pula sibuk merosakkan sesama sendiri.

Sifat suka mengapi-apikan kenyataan dan keadaan inilah yang menyebabkan terbakarnya harapan untuk mencipta keamanan dan perpaduan. Selagi mulut lantang mengatakan pihak yang lain, selagi tangan tangkas menulis ‘keburukan’ pihak yang lain, selagi itulah laungan perpaduan tiada maknanya.

Hiba dan pedih sungguh rasa hati, tatkala ada kawan dan lawan yang terus menerus mempertahankan ideologi sendiri, tanpa mahu menjengah keluar sebentar, melihat betapa dunia kita ini sudah semakin tenat. Tenat menanggung beban pertelingkahan antara kita.

AKU MENULIS TINTA INI DENGAN AIR MATA….
AIR MATA INI AKU TUMPAHKAN SEIKHLAS HATI AKU…
KERANA MAHU MELIHAT KITA SEMUA BERSATU…
LETAKLAH KE TEPI SEBENTAR,
PERASAAN YANG MERASAKAN HANYA KITA SAHAJA YANG BENAR…
ANDAI PERPADUAN ITU MEMERLUKAN NYAWA SEBAGAI TARUHAN…
AKU RELA SERAHKAN…

GENERASI SEKARANG TELAH MEMBUKTIKAN,
SIKAP MEREKA TIADA MENAMBAH KEPADA KEAMANAN,
MALAH TERUS MEMBANTUTKAN PERPADUAN.
LANTAS MENINGKATKAN LAGI PERMUSUHAN…

JADI, MENGAPA GENERASI INI YANG MAHU KITA CONTOHI?
BUKANKAH KITA MAHASISWA PUNYA IDEALISMA?
IDEALISMA YANG BAGAIMANA MAHU KITA CIPTA?

AKU SUDAH JEMU MEMIKIRKAN…
TAPI AKU TIDAK BOLEH UNTUK TIDAK MEMIKIRKANNYA…
KERANA HAL INI JUGA BERKAITAN DENGAN AKU, DENGAN KELUARGA AKU, DENGAN MASYARAKAT AKU, DENGAN NEGARA AKU, DENGAN DUNIA AKU…
TAPI LEBIH BANYAK AKU FIKIR, LEBIH BANYAK KEBUNTUAN YANG HADIR….

PATUTLAH ADA PIHAK YANG SANGGUP MEMUJA SYAITAN,
SEMATA-MATA UNTUK MENDAPATKAN KEKUASAAN…
KEKADANG AKU BERASA HAIRAN…
MENGAPA MANUSIA TERLALU GHAIRAH MEREBUT KUASA?
PADAHAL MEREKA BUKANNYA MAHU MENEGAKKAN SYARIAT YANG MAHA ESA?
ADAKAH MEREKA MAHU DIKATAKAN BERJASA?
LALU DISANJUNG, DIPUJA….

DUNIA INI….SUNGGUH LICIK DIA MENIPU.
MALAH SUDAH TERLALU RAMAI YANG TERTIPU…
AKU JUGA SALAH SEORANG YANG DITIPU…

UMAT ISLAM TELAH LAMA DIKHABARKAN,
DENGAN BERITA KEMENANGAN YANG MENGGEMBIRAKAN,
NAMUN SEKADAR MENANTI KEMENANGAN,
TANPA ADA USAHA UNTUK MERAIHNYA…

BENARKAH UMAT ISLAM AKAN MENANG?

USAH DIRAGU WAHAI DIRI…
ITU JANJI TUHAN YANG PASTI…
CUMANYA GENERASI ITU BELUM MUNCUL LAGI…
MALANGNYA GENERASI ITU BUKAN GENERASI INI…

TAPI, TIDAK BEERTI BUKAN TUGASMU MEMENANGKAN ISLAM…

KOTA KONSTANTINOPEL TIDAK TERTAWAN SELAMA 800 TAHUN…
NAMUN, SETIAP SERANGAN PARA KHALIFAH TELAH MEMBUKA JALAN..
SEDIKIT DEMI SEDIKIT KEKUATAN MUSUH DIRUNTUHKAN…
AKHIRNYA SULTAN MUHAMMAD MENJADI PILIHAN…
SEHINGGA AL-FATEH DIBERI GELARAN…

SAHABAT-SAHABAT SEMUA……..
TIDAK MAHUKAH KITA MENJADI PEMBUKA JALAN,
UNTUK KEMENANGAN GENERASI YANG TELAH DIJANJIKAN…
PASTINYA KEMENANGAN YANG MEREKA KECAPI NANTI,
SETIAP LANGKAH MEREKA ADA SAHAM YANG KITA MILIKI…

JADI, TINGGALKANLAH SEGALA IDEOLOGI-IDEOLOGI SEMPIT YANG KAU ANUTI…
KEMBALILAH KE JALAN YANG DITUNJUKI NABI…
KERANA JALAN INI JALAN YANG TELAH PASTI..
AKHIRNYA KEMENANGAN AKAN KITA MILIKI….

AKU HANYA INSAN YANG BIASA…
INSAN BIASA YANG PUNYA RASA…
ANDAI LUAHAN HATI INI TIADA GUNA…
CAMPAKLAH IA KE MANA YANG ANDA SUKA…
TAPI ANDAI ANDA JUGA MEMPUNYAI RASA YANG SAMA…
MARILAH KITA MULAKAN, SATU KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA…

BUANGLAH SEGALA SKEMA NEGATIF…
HADIRKAN PERASAAN YANG POSITIF…

SEMOGA KITA MENDAPAT SEDIKIT MANFAAT…

ALLLAHU’ALAM….

Fajar Harapan, USM
2.40 AM

***SKEMA = kerangka atau struktur mental yang memfokus kepada tema tertentu yang membantu kita menyusun dan memproses maklumat social…


hai tukang cuci, aku tak sudi...!!!!


assalamualaikum....

Fitrah manusia sukakan sesuatu yang bersih...
badan mahu sentiasa bersih - mereka mandi.
baju perlu sentiasaa bersih - mereka cuci.
periuk belanga, pinggan mangkuk, lantai, dinding...semua perlu bersih...
kalau boleh, bumi ini juga mahu bersih...
isi bumi juga harus bersih.....

maka...
untuk mencapai matlamat 'bersih' itu, ramailah yang berusaha sedaya upaya untuk mencuci kekotoran dan kejelikan tersebut...

dicubanya segala macam bentuk dan jenis pencuci serta penyental dengan harapan kotoran itu dapat dihilangkan dan dibersihkan...

namun,
dek kerana terlalu ghairah mencuci dan menyental, mereka tidak sedar...
rupa-rupanya permukaan yang asalnya kotor itu telah tercalar..
kotorannya dapat hilang...
tetapi calar pula yang datang...

nah !!! sekarang bagaimana mahu hilangkan calar???

malang sungguh nasib mereka...

kalau periuk, boleh beli yang lain...
kalau agama, di mana nak cari ganti ???

***ini bukan sindiran, bukan juga kutukan...
hanya mahu ingatkan diri...
baju dalam besen belum lagi dicuci...

mintak RM3, nak cuci baju guna mesin.......

Sunday, January 17, 2010

MAFHUM JAMAAH DI SISI IKHWAN MUSLIMIN

artikel yang menarik tentang maksud 'jamaah'. link terus kepada tuan punya blog...


Bila anak-anak kita mendengar cerita tentang Ikhwan mereka akan bertanya, Ikhwan tu NGO ke atau parti politik?.. Kerana itu sahaja gambaran yang ada dihadapan mereka.Yang melihat kepada aktiviti sosial mereka mungkin kata NGO… dan kalau yang melihat kepada penglibatan politik mungkin menganggap ia parti politik. Sebenarnya Ikhwan lebih luas daripada dua-dua itu. Ikhwan tidak mungkin kecuali sebuah jamaah.

NAK SAMBUNG BACA??? KLIK




Saturday, January 16, 2010

LAWA GAMBAR..ambil boleh??


ketika melayari facebook dan blog, terlihat banyak gambar2 yang pelbagai gaya dan rupa di upload. lalu aku berkata kepada adik usrah.

"hmmm, pantang sungguh...nak jugak letak gambar dalam ni."

aku maksudkan gambar-gambar si wanita yang pelbagai gaya..terutamanya gambar2 mereka yang bergelar 'ustazah'...

"gambar lelaki takpa kan bang?"

"NTAH !!!" ringkas ala-ala malas aku menjawab.

pernah sekali aku berkata kepada seorang junior..

"lawa gambar. nak ana ambil dan save dalam komputer ana ka?"

MAAF LAH !!!!!

perkara ini mungkin dianggap 'benda kecil nak dibesarkan.'

terpulang kepada anggapan masing2...

siapa tahu, mungkin dalam komputer aku ada gambar yang kalian letakkan dalam facebook dll... hari2 aku renung gambar tu...mahu ka???

sekadar renungan...

P/s : dulu aku pun letak gambar dalam blog...sekarang macam malas!!!



OSAMA meniti hari senja..???

WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Negara Amerika Syarikat menyiarkan gambar 'waktu tua' pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dan 17 lagi pengganas paling dikehendaki Amerika, kelmarin, menggunakan teknik digital terbaru yang sofistikated.

Satu daripada gambar itu menunjukkan Osama berambut sedikit putih dan jambang pendek. Sebelum ini, semua gambar pemimpin al-Qaeda berkenaan tidak menunjukkan rambutnya.
Gambar kedua Osama pula menunjukkan warga Arab Saudi berkenaan berjambang seperti kebiasaan, tetapi lebih beruban, menurut laporan di sini.

Turut tersenarai ialah pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, pemimpin Taliban Afghanistan, Mullah Omar dan 'Taliban Amerika', Adam Gadahn. Seorang rakyat Malaysia juga ada dalam senarai iaitu Zulkifli bin Hir.


Laman web itu memberitahu, Zulkifli seorang jurutera mendapat latihan di Amerika dan dipercayai ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) serta anggota kanan Jemaah Islamiyah.
"Sejak Ogos 2003, dia berada di Filipina dan dipercayai memberi latihan membuat bom kepada anggota Abu Sayyaf," kata laman web itu.

FBI dan Jabatan Negara Amerika mengeluarkan foto berkenaan sejajar dengan program 'Rewards for Justice' serta menekankan bahawa gambar pengganas itu dihasilkan oleh artis forensik makmal jenayah FBI di Quantico, Virginia.

"Gambar terbaru itu contoh bagaimana kemajuan dalam teknologi dan sains boleh digunakan bagi membantu dalam memburu dan menahan penjenayah dikehendaki," kata Louis E Grever yang mengetuai Jabatan Sains dan Teknologi FBI.
Setakat ini, pegawai Amerika berkata, mereka belum menerima sebarang laporan mana-mana pihak melihat Osama lebih lapan tahun lalu meskipun menawarkan AS$25 juta (RM85 juta).

Senarai nama penuh pengganas dikehendaki Amerika itu boleh dilihat di laman web Jabatan Negara: www.rewardsforjustice.net. � Agensi


ULASAN :satu lagi projek CIA memperbodohkan dunia. 'OSAMA' yang mereka kehendaki merupakan agen kepada CIA dalam memusnahkan umat islam. tetapi, kebanyakan kita terus percaya.

the are insanely clever !!!

http://members.iimetro.com.au/~hubbca/osama.htm

Friday, January 15, 2010

2 ekor serigala

Seorang datuk memberitahu cucunya ;

“di dalam diri manusia ada dua ekor serigala. Seekor serigala yang baik dan seekor lagi serigala yang jahat. Kedua-dua serigala ini sering bergaduh.”

Lalu cucunya bertanya kepada si datuk;

“dalam pergaduhan tersebut, serigala mana yang menang?”

Datuknya menjawab;

“serigala yang menang ialah serigala yang kamu sentiasa berinya makan.”

-tamat-