Saturday, January 16, 2010

OSAMA meniti hari senja..???

WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Negara Amerika Syarikat menyiarkan gambar 'waktu tua' pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dan 17 lagi pengganas paling dikehendaki Amerika, kelmarin, menggunakan teknik digital terbaru yang sofistikated.

Satu daripada gambar itu menunjukkan Osama berambut sedikit putih dan jambang pendek. Sebelum ini, semua gambar pemimpin al-Qaeda berkenaan tidak menunjukkan rambutnya.
Gambar kedua Osama pula menunjukkan warga Arab Saudi berkenaan berjambang seperti kebiasaan, tetapi lebih beruban, menurut laporan di sini.

Turut tersenarai ialah pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, pemimpin Taliban Afghanistan, Mullah Omar dan 'Taliban Amerika', Adam Gadahn. Seorang rakyat Malaysia juga ada dalam senarai iaitu Zulkifli bin Hir.


Laman web itu memberitahu, Zulkifli seorang jurutera mendapat latihan di Amerika dan dipercayai ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) serta anggota kanan Jemaah Islamiyah.
"Sejak Ogos 2003, dia berada di Filipina dan dipercayai memberi latihan membuat bom kepada anggota Abu Sayyaf," kata laman web itu.

FBI dan Jabatan Negara Amerika mengeluarkan foto berkenaan sejajar dengan program 'Rewards for Justice' serta menekankan bahawa gambar pengganas itu dihasilkan oleh artis forensik makmal jenayah FBI di Quantico, Virginia.

"Gambar terbaru itu contoh bagaimana kemajuan dalam teknologi dan sains boleh digunakan bagi membantu dalam memburu dan menahan penjenayah dikehendaki," kata Louis E Grever yang mengetuai Jabatan Sains dan Teknologi FBI.
Setakat ini, pegawai Amerika berkata, mereka belum menerima sebarang laporan mana-mana pihak melihat Osama lebih lapan tahun lalu meskipun menawarkan AS$25 juta (RM85 juta).

Senarai nama penuh pengganas dikehendaki Amerika itu boleh dilihat di laman web Jabatan Negara: www.rewardsforjustice.net. � Agensi


ULASAN :satu lagi projek CIA memperbodohkan dunia. 'OSAMA' yang mereka kehendaki merupakan agen kepada CIA dalam memusnahkan umat islam. tetapi, kebanyakan kita terus percaya.

the are insanely clever !!!

http://members.iimetro.com.au/~hubbca/osama.htm

No comments: