dipetik dari : http://www.zaharuddin.net/
Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.
Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :
ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة
Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)
Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.
Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-
Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)
Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.
Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).
RINGKASAN SYARAT-SYARAT
Qazf mempunyai beberapa syarat :-
1) Syarat kepada penuduh :
* Beraqal
* Sudah baligh
2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf
* Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)
3) Syarat orang yang dituduh
* Beraqal
* Baligh
* Islam
* Merdeka diri
* BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-
Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Malik berkata :
قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،
Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)
Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.
Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.
Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini. Mungkin si penuduh dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.
Sekian
Monday, June 30, 2008
Saturday, June 28, 2008
sapa punya kerja......
Universiti Sains Malaysia…..
28 JUN 2008
1.30 a.m :-
aku dan sahabat2 mula bersiap2 untuk gantung banner PMIUSM sempena nak menyambut kedatangan pelajar baru ke USM (semua banner mendapat cop dan kelulusan HEPP) .. persatuan lain dah lama gantung kat seluruh USM, kami terlewat kerana ada kekangan masa. Ada 12 banner semuanya nak digantung kat sekitar kampus. 7 dilukis dan diwarna sendiri oleh sahabat2 muslimat. (banner tu lawa dan memberi message yang mendalam), yang selebihnya kami tempah kedai. Banyak jugak duit dan keringat dikeluarkan..operasi bermula…..
2.30 a.m
Habis gantung banner, kami balik ke rumah dan mula bersiap2 rak dan meja untuk diguna di gerai. Aku ada bukak gerai jualan masa orentasi. 3 meja dan 3 rak aku sumbat masuk dalam kereta kancil (convert MIRA). Penuh, padat dan mampat..macam ikan sardin. Lama gak buat kerja tu.. hari dah lewat sangat, tapi kami tak tido lagi.. huh, letih bangat sih !!! siap2 kerja tu, terus rebah atas lantai (lapik toto lerr !!)… masa tu dah dekat pukul 4 pagi.. baru nak tido..
4.10 a.m
Tiba2, telefon aku berbunyi.. bising.. mengganggu tidurku yang beru setahun jagung tu. ”assalamualaikum, ya kenapa sahabat, ” aku memulakan bicara.. ”ya Syam, enta kat mana tu ? banner yang kita gantung tadi semua dah hilang !!!!...........
Tersentak !! aku tanya balik.. ”betul ka?? Confirm ??”.... setelah diterang panjang lebar, mmg confirm dah hilang.. aku bgtau sahabat kat sebelah.. tension betul masa tu.. aku cuba tenangkan dan tenteramkan diri.. bukan kali pertama perkara macam ni berlaku, dah berkali-kali. Cuma kali nie aku agak tak boleh terima.. terdetik dalam hati..kesian kat sahabat2 musimat. Penat diorang cat banner, ada plak makhluk yang suka2 tanggalkan..
Aku message muslimat bgtau perkara tu..
Msg :- ‘salam. Ada sahabat bgtau tadi banner kita dah hilang.. berserah saja la..doakan depa dapat hidayah.’
Aku cuba lelapkan mata pasal dah letih sangat, tapi tak bole nak lelap. Asyik teringat banner yang hilang tu... nak baring pun, tak senang. Pusing kiri, pusing kanan..dah dekat pukul 5...pukul 6.15 dah kena berkumpul depan kedai...Hmmm..
......... penat bekerja sepanjang hari.. tak tido, tak makan pagi, tak makan tengah hari... Cuma jamah se’tongkol’ roti dan air sarsi.. aduss !! penat... tapi masih bersemangat.. kes banner lupakan kejap. Tumpu pada operasi jualan..
”””” imbas kembali, aku dok fikir pasal ’pihak’ yang tanggalkan banner PMIUSM tu.. kawasan Unisains sewaktu orentasi merupakan kawasan ’haram’ untuk pelajar lama kecuali sahabat2 yang menghandle orentasi, pihak kesayangan unversiti, yang ada pas masuk pasal bukak gerai, dan yang ada kes2 tertentu... pagi tu masa kami gantung banner, pak guard berjaga2 sekitar kampus. Check pas kebenaran masuk ke kampus. Tak senang orang yang tak berkenaan nak masuk. So, pihak yang tanggalkan banner kami tu pun antara orang2 nie la.. Hmm, takkan orang luaq kot... ???
Jadi pihak2 yang terlibat tu, terima kasih la yek pasal sudi buka banner2 kami tu... atas arahan atau suka2 ??? atau pasal dapat upah ?? apa2 pun, sifat dengki tu tak ke mana.
”sesungguhnya sifat dengki itu akan mengikis amalan2 mu seperti api yang membakar kayu api.”
Allahu’alam.....................
Monday, June 23, 2008
Jalan Haji Taib ...
6.45 pagi. 21 Jun 2008.. aku turun LRT kat Sultan Ismail. Keseorangan di kota metropolitan.. Misi aku.... mencari yang tidak pasti. Yang aku pasti, aku perlu bertemu dengan beberapa sahabat..bukan sekarang, tapi pukul 9.00 pagi. Dekat mana ??? Aku hanya mengikut arahan yang diberi... Aku nie dah la tak biasa dengan wilayah yang bergelar Kuala Lumpur ni.. pernah masa zaman muda2, aku bertekad dalam hati yang
aku takkan tinggal kat KL..
2 jam lagi..lambat lagi tapi.. perut dah berbunyi.. maka aku mulakan langkah, jalan2 cari makan.. sasaran aku, kedai nasi kandaq Hamid, kat Jalan Raja Laut.. 1st time aku sampai kat area tu.. habis makan, dah tak tau nak buat apa. Nak lepak kat kedai, macam tak best plak... So, ”tuan, masjid kat mana???” aku tanya tokey kedai tu. ”OK, u jalan trus, amik itu kanan jalan, lepas tu u trus lagi, lepas tu u amik kanan lagi, seberang jalan sana u cari. Masjid ada sana.”. lebih kurang macam tu la.. aku sekadar mengangguk untuk amik hati.
Misi seterusnya, nak cari masjid.. at least boleh la buat sesuatu kat masjid tu. Aku pun jalan la ikut direction yang mamak tu kasi.
Sampai kat satu jalan ni, aku rasa lain macam. Kiri kanan jalan, kat pintu2 depan anak tangga, berdiri di sana beberapa orang ’rupawan’. Tapi yang banyaknya ’rupawan’ tiruan. Berbadan perempuan, tapi bersuara jantan. Bukan seorang dua.. tapi sepanjang jalan yang aku lalui tu, ada lebih kurang 10 orang semuanya. Memanggil-manggil, mencari mangsa atau dalam istilah saintifiknya pelanggan. Malah aku yang berjalan kat tempat tu pun dipanggil-panggil. Cuba digoda. Bila aku pandang, dia buat muka ayu. Rasa macam nak ja aku pergi kat depa tu, bukan untuk melanggan..Na’uzubillah.. nak tegur, ishhh.. takdak kekuatan.. maka berlalulah aku dengan gelaran selemah-lemah iman...
Jalan tu bukannya lorong gelap pun, dan bukan jugak di kawasan tersorok, tapi kat kawasan terbuka, kedai tempat orang berniaga. Sahabat2 kat KL mungkin lebih tahu dengan tempat tu.. Berani sungguh makhluk2 nie ’berniaga’ badan serta maruah kat sini..
Sampai kat hujung jalan, ada pulak gerai kecik kat kaki lima.. dari jauh nampak macam jual alat permainan, tapi bila pi dekat, memang betul jual permainan, tapi ’permainan’ orang dewasa. Segala macam benda yang berkaitan dengan seks ada dijual. Terbuka tanpa segan silu. Benda yang tak pernah nampak pun bole jumpa kat situ. Kalau setakat kondom, itu perkara biasa. Yang luar biasa, semuanya ada.
Ya Allah, tempat apa ni?? Aku terus cari signboard, nak tau apa nama tempat tu.. Jumpa satu sign, tertulis LORONG HAJI TAIB.. aku tersedu seketika… nama jalan sempena seorang tokoh. Tapi yang berada kat tempat tu…hampeh !!!. Aku terfikir sejenak. Kalau haji Taib ni masih hidup, mesti dia tak redho nama jalan tu diletak sempena nama dia....
Aku hairan... takkan pihak berkuasa tak pernah buat rondaan. Takkan tak pernah ada siasatan, serbuan... padahal benda tu terang2 ada kat depan. Ataupun pihak berkuasa tak dak kuasa nak menghalang.. hhmm, mungkin itu jawapan yang paling tepat.. mungkin...
aku teringat ada seorang 'ustazah' kata kalau keadaan terdesak, bole menjual tubuh untuk sara keluarga... Hmm, bole ke macam tu..??/
kat Malaysia ni tak dak keadaan terdesak. Orang Indon yang datang ke Malaysia kata kat tepi jalan pun bole dapat duit. Macam mana kata terdesak tu ??
kenapa ada orang sanggup jaga depan tandas untuk cari wang halal?? kenapa masih ada yang jadi cuci lantai untuk dapat wang halal.?? kenapa ada yang pegi selongkar tong sampah untuk cari wang halal??
So, mana keadaan terdesak 'ustazah' ???
Sama2 kita fikirkan....
Saturday, June 21, 2008
AKU, DIA DAN 'DIA'
Allahakbar !!!!
20 jun 2008. lebih kurang pukul 10.30 mlm aku naik bas dari Sg. Petani nak ke KL. Bas tu singgah jap kat Butterworth. Tengah dok layan sorang2, tiba2 sorang laki nie mai dekat aku. Dalam keadaan lalok, dia mintak nak pinjam handset aku. Katanya bateri habis. Dia nak telefon ’sayang’ dia. Dalam keadaan penuh ragu2, aku bg la jugak..Kesian punya pasal.ni satu masalah aku, cepat sangat kesian kat orang So,dia tukaq sim card. Then, siap pasang, aku dok kat depan dia. Nak halang, takut2 handset buruk kesayangan aku tu tetiba kena bawak lari.
Dia sembang la dengan ’sayang’ dia. Pastu dia pass handset kat aku, suruh aku cakap dgn ’sayang’ dia..aku amik la...suara laki. Rupa2nya yang tu adik ’sayang’ dia. Laki tu nama Hakim. Dia mintak aku jaga laki kat sebelah aku ni. Sampai Butterworth, dia suruh aku bgtau laki tu.. aku dah mula pelik, tapi ”hmm, insyaallah”... amanah orang dah bagi. Mesti ada s’thng wrong.. habis call sayang, dia mintak nak call tok dagu. Che wan nama betulnya. Tok dagu tu gelaran pasal dagu dia panjang. Aku dengar la dia sembang.
”che wan, tolong saya, saya jadi bodoh...dia ulang beberapa kali. Saya tak tau nak buat apa nie.” hhm, sudah..awat pulak ni..???
Habis sembang, dia bg balik handset kat aku. ”terima kasih. Hang tolong jaga aku ya???”.
Insyaallah aku kata. Aku tak tanya apa2 lagi..dok sat, dia mula sembang.. dia bagitau aku yang dia sakit. Ada orang buat sst kat dia. Dia kata dia jadi macam orang bodoh. Tak tau apa2. pastu dia tanya aku..”hang bole pulih aku tak??”. Aku kata aku tak tau..kesian aku tengok dia...aku mintak dia tenang. Selawat banyak2..aku syak dia ni kena santau @ ada ‘benda’ masuk dalam badan dia..Allahua’lam.
Dia ni, kejap2 aku tengok, macam orang dok bersilat. Tangan dia dok pusing2, kejap2 jadi terketar2. then dia macam tolak sst dari atas kepala dia sampai kaki..Bas tu agak kosong. Aku sorang ja yang tau pasal dia. TIBA2...........
Suara dia berubah...Slow ja.. dia pandang tepat kat mata aku... “JANGAN TAKUT..JANGAN TAKUT...AKU NAK BANTU DIA”.... dia cakap kat aku...
PERRRGHHH, seram wooo... tapi aku buat selamba.dalam hati Ya ALLAH, tolong la... time dia cakap macam tu, aku buat2 tanya dia.... nak tolong sapa?? Dia tak jawab pun. Dia renung lama kat aku.. aduss mamat nie.. aku tak faham la...
Then, aku pegang kepala dia..baca apa yang aku tau, pastu hembus kat kepala dia.. (macam bomoh daaa...). dok sat, dia ok balik.. tapi masih bodoh2 lagi.. aku pun tanya la.. “siapa tadi tu??”. Dia tak jawab. Tapi dia ada kata sesuatu pasal panglima hitam. Pastu dia kata dia ada pendinding. Hmm, pendinding apa la plak.. dinding bas ada la...
Bila dia dah tenang sikit, aku mula interview dia. Katanya nama dia Ridwan. Panggil Wan. Asal Kinta, Perak.Dia belajaq kat IKBN Kuala Perlis, amik jurusan landskap. Katanya dia dari Perlis nak balik ke Perak. Tapi dia pun tak sedaq macam mana bole turun kat Sg. Petani. Dia kata macam ada ‘orang’ yng suruh dia turun. Dia jadi bengong dok fikir benda tu.. Mungkin takdir kot. Allah nak temukan aku dengan Wan ni..
Aku korek lagi. Dia kata kat IKBN dia ada group batin. Dia belajar ilmu batin, and dia kata dia boleh tafsir sst. Aku tak berapa faham. Tapi layan saja la... Wan kata lagi, mungkin ada orang yang dengki kat dia dan buat macam tu kat dia..
“hang tolong jaga aku ya??”. dia kata kat aku lagi.. aku kata, ”insyaallah, time orang susah, aku kena bantu pasal nanti time aku susah, aku harap Allah bantu aku.” dia pun sambung, hmm, kita orang melayu kena tolong-menolong. Pastu aku kata betul, orang islam kena tolong sedara dia... then dia pun sambung, ya, orang islam kena tolong... cara dia cakap macam budak tadika cakap.. sepatah2 disulam ayat2 skema..
Terjah !!! aku tanya dia lagi. Sebelum nie penah ka dia jadi macam ni??dia kata pernah. Aku tanya balik, dia ni ada blajaq apa2 ilmu silap ka?? Dia kata dia tak blajaq ilmu silap. Bukan apa, kot2 la pasal ilmu yang dia blajaq ka jadi macam tu. Sebab tu aku tanya dia. Then aku bgtau dia. Kalau kita nak blajaq sst, check dulu. Betoi ka, salah ka..pastu aku bgtau dia lepas ni pegi jumpa ustaz tanya pasal ilmu yang dia blajaq tu.. dia diam saja…
Bas dah nak sampai Butterworth. Aku bagitau dia. Dok sat, tangan dia ketar lagi. Macam tadi gak, habis pusing2 tengkuk dia, dia sedar balik…sepanjang perjalanan tadi, dia macam orang ‘bodoh’ tapi skarang dah ok. Dia bagitau aku yang baru dia rasa macam diri dia sendiri. Pastu dia tanya aku. “asal mana??”...Aik ?? baru kejap tadi masa dia dalam keadaan lalok dia tanya kat aku yang aku ni asal dari mana.. dia tanya pulak. Takpa la..aku jawab saja la.. pastu dia tnya aku. Hang ka yang jaga aku tadi ????????????
Punggah, yang dari tadi aku dok sembng dengan dia tu apa ?? Sah dah!!!!! aku sembang dengan sapa tadi...???..HMMMM... Ko fikir la sendiri bak kata Nabil....
Sampai kat butterworth, aku call kawan dia si Hakim tadi tu.. suruh mai amik kat bas.. dia pun turun la dari bas lepas ucap terima kasih banyak2 pasal jaga dia tadi.. pastu Hakim ni naik atas bas jumpa aku.. dia kata terima kasih bebanyak pasal jaga si wan nie. Then dia cerita kat aku.. ”sebenarnya Wan ni dok berubat orang... yang kena rasuk @ bela ’benda’ tu. Dan ada orang yang mintak si Wan ni simpan ’benda’ tu kat dia. So, wan nie simpan dalam badan dia. Sebab tu jadi macam tu.. dok sat2, benda tu keluaq la... lebih kurang macam tu la, kata Hakim..
Huhu, maksudnya, tadi aku berhadapan dengan ‘benda’ tu la ek ??/ Allahua’lam….
Tapi apa2 pun aku bersyukur sangat2..
Pertama : Allah bagi aku peluang berhadapan situasi macam ni.
Kedua : Allah bagi aku peluang untuk tolong orang yang tengah susah.
Ketiga : Allah dah lindung aku dari perkara yang pelik2.. mana tau tetiba ja ‘benda’ tu nak pindah ‘rumah’.. tak pasal2 plak.......ALHAMDULILLAH....
“Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan” – Ar-Rahman-
00.30 A.M
21 JUN 2008
ATAS BAS KE KL
KAT MANA ENTAH...
Monday, June 16, 2008
(((^^__^^)))
assalamualaikum....
kadang2 aku ter'malu' sendiri bila terbaca artikel2 dalam blog2 sahabat yang lain..
Penuh informasi dan sarat dengan mesej2 yang mambakar semangat perjuangan..tengok blog aku, artikel yang merapu saja...jauh benar tahap aku dengan mereka...
TAPI TAKPA...masing2 ada cara tersendiri...kan2 ????
huhuhuhuuh....
kadang2 aku ter'malu' sendiri bila terbaca artikel2 dalam blog2 sahabat yang lain..
Penuh informasi dan sarat dengan mesej2 yang mambakar semangat perjuangan..tengok blog aku, artikel yang merapu saja...jauh benar tahap aku dengan mereka...
TAPI TAKPA...masing2 ada cara tersendiri...kan2 ????
huhuhuhuuh....
sekolah memandu..
Dalam perjalanan pulang dari stesen bas, aku melintasi sebuah sekolah memandu.. macam biasa la, mesti ada orang yang sedang buat latihan memandu. Aku perhati sekejap, pastu teringat time aku nak amik lesen masa muda2 dulu.. bosan betul.. al-maklum la, tak sempat buat praktikal, dah pandai memandu..huhuhu..riak plak.
Hmmm, bukan tu point aku.. Cuma yg aku nak sentuh kat sini ialah sistem pembelajaran kat sekolah memandu..kalau dalam surah as-saff ada sebut ”mengapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?”....tapi kat sekolah memandu plak, ”pasai pa la hangpa ajaq sesuatu yang orang tak buat langsung.”.. faham ka ???
Hmmm, bukan apa. Kadang2 lawak gak.. time aku blajaq naik motor dulu, macam2 depa ajaq.. nak kona(belok) kalau, buat isyarat tangan, pusing2 ke belakang, ke depan... pastu bila nak berhenti, goyang 3 kali..then angkat tangan macam nak angkat sumpah... Aduussss !!!! dah tu paksa buat plak.. tak buat kalau potong markah. Tension aku...
Yang lebih men’tension’kan, orang yang dok potong markah tu, tak penahnya buat isyarat2 pelik tu masa naik motor. Sama la yang dok ajaq kat dalam kuliah tu. Suruh buat macam2, tapi macam la depa praktik atas jalan raya.. Cuma kadang2 ada la jugak hamba Allah yang dok guna isyarat tangan kalau nak belok. Tapi tak la pulak pusing2 ke depan n blakang.. kalau nak berhenti lagi la..tak penahnya dok angkat sumpah tengah jalan. Mati orang belakang dok gelak...
Sebab tu aku sentuh pasal sistem pembelajaran. Bukannya depa tak tau benda alah tu orang takkan buat, dan depa pun takkan buat. Tapi still dok ajaq benda (bid’ah) tu..huhuhu. bukan nak marah dan salahkan mana2 pihak yeee!! Cuma pihak berwajib kena la kaji sikit pasal tu.. takkan nak teruskan dengan sistem lama yang tak relevan dengan zaman sekarang.
Tu ja yang aku nak sampaikan.. ada komen kalau boleh tulis... tq.
Sunday, June 15, 2008
NAIB CANSELOR KU
NAIB CANSELOR UNISAINS MALAYSIA, Prof Tan Sri Zulkifli bin Abd Razak pagi kelmarin menyampaikan amanatnya kepada semua peserta dan fasilitator sempena Bengkel Kecemerlangan Pelajar Islam Sekolah2 Menengah Pulau Pinang Anjuran Pusat Islam Unisains Malaysia…
Aku selalu ternanti2 untuk mendengar ucapan daripada NC USM ni. Kat USM, Tan Sri NC ni merupakan salah sorang tokoh yang aku minati. Cara dan gaya beliau berucap saja dah membuat aku tertarik.. Hmm, dalam bengkel pelajar islam tu, aku salah sorang daripada fasilitator, sempat la dengaq ucapan dan amanat. Dan aku rasa terpanggil untuk berkongsi apa yang aku dapat daripada ucapan tersebut… lebih kurang la, apa yang sempat aku catat….
Salah satu isi yang penting dalam ucapan tu ialah mengapa Unisains ni dijadikan sebuah universiti yang berkonsepkan dan bertemakan taman. Kepada sesapa yang bukan dari USM, kalau nak tau USM ni digelar ‘universiti dalam taman’. Pasal apa ??? mai la tengok sendiri…
Yang pertama kata NC, apabila kita melihat tumbuh-tumbuhan yang hijau, maka ia dapat mengingatkan kita kepada Allah sebagai Pencipta yang mutlak. Berbeza apabila kita memasuki kawasan yang hanya dipenuhi bangunan dan ‘hutan batu’, ianya tidak dapat mendatangkan ingatan kita kepada Allah Yang Maha Mencipta kerana semua tu dibina oleh manusia. Dan, apabila kita berada dalam kawasan yang dipenuhi ciptaan Allah, maka ia dapat membuatkan kita sentiasa merasakan bahawa kita diperhati oleh Allah.
Seterusnya, NC mengatakan bahawa tumbuhan2 tersebut menzahirkan keindahan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Adalah fitrah bagi manusia sentiasa menginginkan sesuatu yang cantik. Pakaian seharian dipilih yang indah2, kerja2 seharian contohnya pelukis, melukis lukisan yang indah2 kerana semua itu bisa menghadirkan ketenangan dalam diri. Berbeza kata NC sebuah taman dengan sebuah belukar. Dan berbeza juga sebuah taman dengan ladang getah. Berbeza pada zahirnya yang indah dan menyenangkan hati.
Sebuah taman juga kata NC, boleh menjadi pengubat jiwa. Pelajar dan staf yang penat bekerja boleh menghilangkan penat dan stress dengan melihat dan menikmati keindahan taman unisains ini. Keadaan yang tenang dan tenteram mampu membuat diri2 merasa nikmat Allah. Pernah katanya seorang balu kepada bekas naib canselor USM menghantar surat kepada beliau. Katanya dalam surat tersebut, bila si balu tersebut terkenang arwah dan merasa sunyi, maka dia akan datang ke USM untuk menikmati keindahan taman2 universiti.. maka mengapa tidak kita membuat perkara yang sama????
Pada persidangan UNESCO yang lepas, ahli2 persidangan memutuskan untuk mewujudkan ‘the Quranic Garden’ yang berkonsepkan taman2 seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Mereka mengakui bahawa hanya di dalam al-quran sahaja yang menyatakan tentang keindahan taman2. “….this is the only book that told us about the beauty of the garden.”….
Kesimpulan daripada ucapan tersebut, NC berpesan supaya kita manusia, jadilah seperti sepohon pokok yang rimbun dan sihat, berpunca dari akar yang sihat dan mampu menyerap semua kebaikan2 di dalam tanah, lalu disalurkan ke seluruh pokok tersebut. Begitulah hakikat manusia, akar tersebut umpama aqidah, pegangan manusia yang seharusnya hanya kepada Allah semata-mata. Dan manusia tersebut mampu menyerap segala kebaikan dan ilmu supaya mampu melahirkan seorang insan yang sihat serta mampu memberi kebaikan kepada manusia lain, sebagaimana pohon yang rendang dan berbuah lebat menjadi teduhan dan sumber makanan kepada makhluk lain….
Allahua’lam……..
Saturday, June 14, 2008
Sahabatku seorang MAT SALEH
Assalamualaikum….
Hmm, kali ni aku nak cerita kat kawan2 pasal sorang kenalan ‘mat saleh’ ni. Devin namanya. ‘Made in’ Iowa, USA... umur 22 tahun, amik course Engineering kat kolej kat tempat dia tu…Menarik sebenarnya untuk dikongsi bersama2.
Kalau tak silap, aku kenal ngan Devin nie masa SEM 2. masa tu aku dok kat desasiswa restu (asrama) lagi. Satu hari tu, kawan aku ajak pegi bilik dia. Nak bawak jumpa seseorang katanya. Sampai saja kat bilik kawan aku tu, maka terjumpalah aku dengan devin ni dengan sorang lgi kawan dia nama Paul. Diorang tengah sembang2 pasal agama. Kalau nak tau, si Devin ni orang yang berpegang teguh pasal kristian. Diorang ada tukar2 buku islam dengan kristian. Mula2 aku dok syak depa nie pendakwah / pendakyah kristian. Tapi tak kisah la..Rancak kami sembang pasal dua2 agama. Islam dan kristian.
Mula dari bilik tu, maka bertambah la kawan aku dari spesis ’mat salleh’. Sejak dok kat USM ni, yang ramainya pak arab… Dan hari berikutnya, aku dan abdullah (room-mate @ course-mate) aku bawak si Devin dan Paul ni jalan2 ( naik motor laaa) sekitar penang. Then kami pi shopping kat chowrasta dekat2 KOMTAR…macam2 benda dia beli. Papan rehal, ukiran Allah pun dia beli (tapi tak beli la ukiran Muhammad), dan baju raihan.. lawa siot dia pakai….
Habis shopping, kami keluar la.nak pegi solat jap..so singgah la kat masjid...guess what ¿?? Si Devin ni mintak nak solat sekali dengan kami..So, tafaddhol..tapi kawan dia Paul tak nak...So, siap amik wudu’, kami pun solat la…. Dia punya solat lengkap..cukup sifat..Ya Allah, sesungguhnya hidayah tu milikMU…..
Nak dipanjangkan cerita, hujan turun daa…. Lebat macam nak banjir…maka terdampar kami berempat kat masjid tu… nak buat apa ¿?? Sembang saja la…masing2 terlentang atas lantai… sambil dok kupas buah salak busuk...haMPEH betul... jual buah busuk kat aku….
Banyak lagi cerita….tapi perkenalan pertama cukupla sampai situ…Devin dengan kawan dia ni balik la ke USA
....................................................................................
Lama aku tak dengar khabar Devin ni..pak lah ada la dok contact guna email...........
Tetiba satu hari, dia muncul balik kat malaysia nie...kali ni dia mai sorang..cuti Summer katanya... dia dok kat rumah coach dia… busssiess man..kerap gak dia mai rumah… sembang2, makan2, borak2 dll lagi.. pernah sekali dia tidur kat rumah sewa kami… malam tu kami tengok filem Iron Man sampai pukul 2 pagi..huhuhuu..
Malam tadi (12 jun), kami buat kenduri kat rumah sewa… sekali dengan bakal fasilitator2 muslimin untuk bengkel kecemerlangan pelajar islam penang…. Hmmm, bole tahan makanan malam tu… main menu, DURIAN…huhuhu.. sesetengah mat saleh anggap durian ni taboo, tapi devin selamba ja makan.. habis makan, kami pun amik la gambaq kenang2an...lepas tu, tutup majlis...semua bersurai..
Moral value, luaskanlah kenalan kita… at least boleh improve your English ( tengok !!!kan da cekap..huhuhu)
Hmmm, besar harapan aku untuk lihat sahabt sorang nie jadi saudara muslim kita…. Jadi sahabat2 ku sekalian, JOM !!! doakan sama2 ek ???
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau memberi hidayah kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan menarik hidayah daripada sesiapa yang Engkau kehendaki…. Kekalkanlah hidayah Engkau dalam hati2 kami dan kurniakanlah hidayahMU kepada sahabat kami Devin ni.. sesungguhnya Engkau Maha mengetahui apa yang tak kami ketahui…AmiiiiiN”
Friday, June 13, 2008
BAJU UNIFORM JARANG.. PUNCA JENAYAH ROGOL…
Perkara diatas adalah dirujuk...( Perrrghhh, macam surat rasmi la pulak)...
Hmm, pernah tak dengar pasal isu nie??? Mungkin aku terlambat nak respon isu ni..tapi, isu ni tetap jadi satu isu andai kata tak diselesaikan.. aku ada pandangan sendiri, tak tau la dengan sahabat2 lain….
Sebelum tu, biaq aku bgtau sikit2..takut tak tau plak… beberapa minggu lepas, S/U PKPIM ( persatuan kebangsaan pelajar islam Malaysia) ada tulis satu surat.. dihantar kat surat khabar.. STAR rasanya.. time tu aku tak sedar lagi pasal isu nie.. pastu besoknya, bila aku baca STAR, ramai yang komen, bantah.. katanya tak rasional, diskriminasi dll… apa isunya.??? Tu haa !!! rujuk tajuk atas.. dalam surat tu ada la tulis, pakaian uniform sekolah bagi pelajar perempuan perlu dikaji semula pasal menampakkan tubuh badan.. dan perkara tu boleh meningkatkan jenayah rogol..
Kalau tengok situasi semasa, mmg ada kebenaran perkara tersebut.. baju uniform sekolah yang budak2 perempuan pakai tu dah la warna putih. Ada plak yang beli jenis kain jarang. .. dah tu tudung pulak ditanggalkan.. memang la nampak badan.. nak tau jarang ka tak jarang.. kalau nampak tali ¿??? kat belakang tu, kira jarang la baju tu.. tapi yang aku hairan, ramai yang melenting tak tentu pasal bila ada pihak yang membangkitkan isu ni.. dan meminta pihak yang bertanggungjawab kaji semula uniform nie..
Pada aku la..kalau ada pihak yang bersuara, maka benda tu mesti ada s’thg wrong.. betoi tak ?? tapi tu la.. kalau baca respon pembaca dalam STAR, ada yang kata perkara ni menuduh lelaki yang bukan2.. ada yang kata, perempuan yang pakai litup pun kena rogol gak. Hatta nenek dan budak kecik pun kena rogol gak..bukannya depa pakai seksi pun... dan wanita JIM tegaskan, perkara ni bukan penyebab berlakunya kes rogol, tapi masalah dari institusi keluarga... ye betoiiii..memang bermula dari keluarga.. itu tanggungjawab keluarga...
Tapi dalam konteks nie, perkara nie (pakaian jarang) gak boleh diatasi dengan penguatkuasaan.. tugas sapa ??? orang yang berautoriti la.. sapa ??? pemerintah la.. kementerian ada kuasa untuk kaji dan ubah apa yang sedia ada...setahu aku la.. kalau silap, mintak maaf la ye dato’ Hishamuddin….kalau Hisyamuddin ( aku la tu) ni la, insyaallah aku kaji balik..huhuhu (berangan la tu..)
Ok..berbalik kepada masalah.. betoi ka pakaian jarang nie bole bawak sampai tahap rogol.. ??
Aku kata ….Ya !! Betoi la… kalau tak betoi tak kata la…
habis tu, awat nenek yang tua bangka dan kanak2 yang tak cukup sifat keperempuanan lagi tu yang jadi mangsa ??/ depa mana pakai seksi ¡! Mana pakai baju jarang.. uniform sekolah tu pun tak dak lagi…
Hmmm, aku rasa sahabat2 tau kan jawapan dia.. golongan2 yang lemah ni la selalu jadi mangsa... logiknya la, kalau sorang laki tu tengok sst yng mengghairahkan kat TV, boleh ka dia lepaskan nafsu tu kat orang dalam TV tu,?? Tak kan ?? pasal apa ??? pasal tak boleh la... perempuan tu gambaq ja..
Sama la.. bila sorang laki nie tengok perempuan yang seksi @ baju jarang sampai timbul nafsu.. bukannya dia bole lepaskan nafsu dia kat perempuan tu kalau dok tengah2 ramai orang… so, dia cari la mangsa yang dia rasa mudah.. kanak2 jugak jadi mangsa dia.. tapi puncanya sapa ¿?? Budak tu ka ?? Tak kan ????
So, apa yang aku nak sampaikan kat sini, bila ada pihak yang suarakan satu isu @ masalah, kaji betoi2 dulu.tanya balik...pasai pa dia keluaqkan kenyataan tu..mesti ada pasai… takkan tak pasai2 nak cari pasai.. kang tak pasai2 kena penampaq pasai..uhuhuhu..
Aku setuju kalau uniform sekolah tu dikaji balik.. tukaq bagi warna terang skit ka?? Apa ka ?? apa pendapat sahabat2 ???? bak kata Nabil raja lawak...Lu fikir la sendiri...trimakasehhhhhh !!!!
Hmm, pernah tak dengar pasal isu nie??? Mungkin aku terlambat nak respon isu ni..tapi, isu ni tetap jadi satu isu andai kata tak diselesaikan.. aku ada pandangan sendiri, tak tau la dengan sahabat2 lain….
Sebelum tu, biaq aku bgtau sikit2..takut tak tau plak… beberapa minggu lepas, S/U PKPIM ( persatuan kebangsaan pelajar islam Malaysia) ada tulis satu surat.. dihantar kat surat khabar.. STAR rasanya.. time tu aku tak sedar lagi pasal isu nie.. pastu besoknya, bila aku baca STAR, ramai yang komen, bantah.. katanya tak rasional, diskriminasi dll… apa isunya.??? Tu haa !!! rujuk tajuk atas.. dalam surat tu ada la tulis, pakaian uniform sekolah bagi pelajar perempuan perlu dikaji semula pasal menampakkan tubuh badan.. dan perkara tu boleh meningkatkan jenayah rogol..
Kalau tengok situasi semasa, mmg ada kebenaran perkara tersebut.. baju uniform sekolah yang budak2 perempuan pakai tu dah la warna putih. Ada plak yang beli jenis kain jarang. .. dah tu tudung pulak ditanggalkan.. memang la nampak badan.. nak tau jarang ka tak jarang.. kalau nampak tali ¿??? kat belakang tu, kira jarang la baju tu.. tapi yang aku hairan, ramai yang melenting tak tentu pasal bila ada pihak yang membangkitkan isu ni.. dan meminta pihak yang bertanggungjawab kaji semula uniform nie..
Pada aku la..kalau ada pihak yang bersuara, maka benda tu mesti ada s’thg wrong.. betoi tak ?? tapi tu la.. kalau baca respon pembaca dalam STAR, ada yang kata perkara ni menuduh lelaki yang bukan2.. ada yang kata, perempuan yang pakai litup pun kena rogol gak. Hatta nenek dan budak kecik pun kena rogol gak..bukannya depa pakai seksi pun... dan wanita JIM tegaskan, perkara ni bukan penyebab berlakunya kes rogol, tapi masalah dari institusi keluarga... ye betoiiii..memang bermula dari keluarga.. itu tanggungjawab keluarga...
Tapi dalam konteks nie, perkara nie (pakaian jarang) gak boleh diatasi dengan penguatkuasaan.. tugas sapa ??? orang yang berautoriti la.. sapa ??? pemerintah la.. kementerian ada kuasa untuk kaji dan ubah apa yang sedia ada...setahu aku la.. kalau silap, mintak maaf la ye dato’ Hishamuddin….kalau Hisyamuddin ( aku la tu) ni la, insyaallah aku kaji balik..huhuhu (berangan la tu..)
Ok..berbalik kepada masalah.. betoi ka pakaian jarang nie bole bawak sampai tahap rogol.. ??
Aku kata ….Ya !! Betoi la… kalau tak betoi tak kata la…
habis tu, awat nenek yang tua bangka dan kanak2 yang tak cukup sifat keperempuanan lagi tu yang jadi mangsa ??/ depa mana pakai seksi ¡! Mana pakai baju jarang.. uniform sekolah tu pun tak dak lagi…
Hmmm, aku rasa sahabat2 tau kan jawapan dia.. golongan2 yang lemah ni la selalu jadi mangsa... logiknya la, kalau sorang laki tu tengok sst yng mengghairahkan kat TV, boleh ka dia lepaskan nafsu tu kat orang dalam TV tu,?? Tak kan ?? pasal apa ??? pasal tak boleh la... perempuan tu gambaq ja..
Sama la.. bila sorang laki nie tengok perempuan yang seksi @ baju jarang sampai timbul nafsu.. bukannya dia bole lepaskan nafsu dia kat perempuan tu kalau dok tengah2 ramai orang… so, dia cari la mangsa yang dia rasa mudah.. kanak2 jugak jadi mangsa dia.. tapi puncanya sapa ¿?? Budak tu ka ?? Tak kan ????
So, apa yang aku nak sampaikan kat sini, bila ada pihak yang suarakan satu isu @ masalah, kaji betoi2 dulu.tanya balik...pasai pa dia keluaqkan kenyataan tu..mesti ada pasai… takkan tak pasai2 nak cari pasai.. kang tak pasai2 kena penampaq pasai..uhuhuhu..
Aku setuju kalau uniform sekolah tu dikaji balik.. tukaq bagi warna terang skit ka?? Apa ka ?? apa pendapat sahabat2 ???? bak kata Nabil raja lawak...Lu fikir la sendiri...trimakasehhhhhh !!!!
Wednesday, June 11, 2008
Minyak kita murah...
Monday, June 9, 2008
KENAPA NARUTO ???
Dah pukul 1.08 pagi….
Aku rasa macam nak menulis sesuatu, tapi tak brapa nak ada idea... nak tulis yang ilmiah, time2 macam ni malas pulak nak rujuk balik kitab2 dan artikel2 yang banyak aku kumpul dari internet... So, jadi, maka bila dah fikir punya fikir, terbitlah 1 idea untuk menulis tentang……NARUTO
Hmmm, kenapa NARUTO ek ??? tapi sebelum tu, kena tanya dulu. Tau ka NARUTO tu apa ?? binatang ternakkah ?? jenis bintang di angkasakah?? @ pun jenis kereta keluaran jepunkah??? Sebenarnya dan sebetulnya, NARUTO tu merupakan sebuah anime jepun (kartun yeee) merangkap nama hero dalam cerita tersebut.
Sebetulnya aku memang tak layan langsung cerita ni waktu awal2 dulu, tapi oleh sebab agak tension masa study week nak exam yang lepas, aku mula berjinak-jinak dengan anime ni.(huhuhu, alasan sebab malas nak study) (DON’T TRY THIS AT HOME)...
Apa yang aku nak kupas pasal NARUTO dalam ruangan sempit ni ialah, pengajaran yang boleh kita cedok daripada watak NARUTO dalam anime nie.
NARUTO ni sorang yang bercita-cita tinggi dan sanggup bersusah payah dan bermati-matian untuk capai cita-cita dia iaitu untuk jadi HOKAGE (ketua,pemerintah) kat kampung dia KONOHA.
NARUTO ni jugak seorang yang sangat pentingkan persahabatan dengan kawan2 dia terutamanya dengan SASUKE. Walaupun depa 2 ni asyik dok bergaduh, tapi demi kawan, NARUTO sanggup hadapi risiko untuk selamatkan SASUKE. Masa nak pi selamatkan SASUKE daripada OROCHIMARU, dia kata “ i don’t care who i have to fight. If he rips my arms off, I’ll kick him to death. If he rips my legs off, I’ll bite him to death. If he rips my head off, I’ll stare him to death. And if he gouges out my eyes, I’ll curse him from beyond the grave.”… macam mana ???? sanggup.
Bak kata TSUNADE-SAMA, naruto nie ada satu KUASA, iaitu kuasa untuk mempengaruhi dan mengubah orang. Daripada orang yang takdak perasaan, bole jadi orang yang penyayang. Daripada orang yang jahat, bole jadi orang yang baik macam GAARA..si GAARA ni dulu memang jahat. Tapi lepas lawan dengan naruto, dia mula berubah.. dan akhirnya dia jadi ketua yang disayangi kat kampung dia. bak kata GAARA, “he (NARUTO) taught me that i can change the path i want life to take”
Cuma satu ja problem si NARUTO ni. Dia ni cepat melenting dan tergesa-gesa buat keputusan. Baru kena provoke skit, terus naik angin sampai KYUBI (demon) dalam badan dia kuasai badan dia..
Hmmm, itu la serba sikit perangai NARUTO yang bole aku bgtau. Nak tau lebih tengok la sendiri.
Sebenarnya, perlu bagi kita, sebagai seorang muslim, terutamanya bagi mereka yang bergelar dai’e, untuk memiliki sifat-sifat yang baik macam NARUTO tu. Seorang dai’e perlulah bercita-cita tinggi untuk tegakkan agama Allah di muka bumi dan bermati-matian dalam usaha untuk menempatkan agama Allah ni di tempat yang selayaknya. Dan dalam kerja berjamaah atau berkumpulan ini, penting untuk terapkan nilai persahabatan dan sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk sahabat dan untuk jamaah. Dan, dalam kita berdakwah kepada masyarakat, diri ni perlu menjadi contoh kepada masyarakat. Seorang dai’e seharusnya mampu mempengaruhi orang sekelilingnya dan mampu memberi impak yang besar dalam hidup seseorng. Dan yang penting, perlulah berstrategi dan sentiasa bersabar dengan ujian2 yang ditempuhi. ( bukan mcm NARUTO)
Hmm, kan ada kebaikan jugak tengok cerita kartun… moral value nya, ambillah pengajaran daripada apa2 yang kita lalui seharian…selamat maju jaya..
Raudatus solihin ( RS )
2.33 am
1 jamadil akhir 1429 (5 jun 08)
Subscribe to:
Posts (Atom)