Saturday, June 28, 2008

sapa punya kerja......


Universiti Sains Malaysia…..
28 JUN 2008

1.30 a.m :-

aku dan sahabat2 mula bersiap2 untuk gantung banner PMIUSM sempena nak menyambut kedatangan pelajar baru ke USM (semua banner mendapat cop dan kelulusan HEPP) .. persatuan lain dah lama gantung kat seluruh USM, kami terlewat kerana ada kekangan masa. Ada 12 banner semuanya nak digantung kat sekitar kampus. 7 dilukis dan diwarna sendiri oleh sahabat2 muslimat. (banner tu lawa dan memberi message yang mendalam), yang selebihnya kami tempah kedai. Banyak jugak duit dan keringat dikeluarkan..operasi bermula…..

2.30 a.m

Habis gantung banner, kami balik ke rumah dan mula bersiap2 rak dan meja untuk diguna di gerai. Aku ada bukak gerai jualan masa orentasi. 3 meja dan 3 rak aku sumbat masuk dalam kereta kancil (convert MIRA). Penuh, padat dan mampat..macam ikan sardin. Lama gak buat kerja tu.. hari dah lewat sangat, tapi kami tak tido lagi.. huh, letih bangat sih !!! siap2 kerja tu, terus rebah atas lantai (lapik toto lerr !!)… masa tu dah dekat pukul 4 pagi.. baru nak tido..

4.10 a.m
Tiba2, telefon aku berbunyi.. bising.. mengganggu tidurku yang beru setahun jagung tu. ”assalamualaikum, ya kenapa sahabat, ” aku memulakan bicara.. ”ya Syam, enta kat mana tu ? banner yang kita gantung tadi semua dah hilang !!!!...........
Tersentak !! aku tanya balik.. ”betul ka?? Confirm ??”.... setelah diterang panjang lebar, mmg confirm dah hilang.. aku bgtau sahabat kat sebelah.. tension betul masa tu.. aku cuba tenangkan dan tenteramkan diri.. bukan kali pertama perkara macam ni berlaku, dah berkali-kali. Cuma kali nie aku agak tak boleh terima.. terdetik dalam hati..kesian kat sahabat2 musimat. Penat diorang cat banner, ada plak makhluk yang suka2 tanggalkan..
Aku message muslimat bgtau perkara tu..

Msg :- ‘salam. Ada sahabat bgtau tadi banner kita dah hilang.. berserah saja la..doakan depa dapat hidayah.’

Aku cuba lelapkan mata pasal dah letih sangat, tapi tak bole nak lelap. Asyik teringat banner yang hilang tu... nak baring pun, tak senang. Pusing kiri, pusing kanan..dah dekat pukul 5...pukul 6.15 dah kena berkumpul depan kedai...Hmmm..

......... penat bekerja sepanjang hari.. tak tido, tak makan pagi, tak makan tengah hari... Cuma jamah se’tongkol’ roti dan air sarsi.. aduss !! penat... tapi masih bersemangat.. kes banner lupakan kejap. Tumpu pada operasi jualan..

”””” imbas kembali, aku dok fikir pasal ’pihak’ yang tanggalkan banner PMIUSM tu.. kawasan Unisains sewaktu orentasi merupakan kawasan ’haram’ untuk pelajar lama kecuali sahabat2 yang menghandle orentasi, pihak kesayangan unversiti, yang ada pas masuk pasal bukak gerai, dan yang ada kes2 tertentu... pagi tu masa kami gantung banner, pak guard berjaga2 sekitar kampus. Check pas kebenaran masuk ke kampus. Tak senang orang yang tak berkenaan nak masuk. So, pihak yang tanggalkan banner kami tu pun antara orang2 nie la.. Hmm, takkan orang luaq kot... ???

Jadi pihak2 yang terlibat tu, terima kasih la yek pasal sudi buka banner2 kami tu... atas arahan atau suka2 ??? atau pasal dapat upah ?? apa2 pun, sifat dengki tu tak ke mana.

”sesungguhnya sifat dengki itu akan mengikis amalan2 mu seperti api yang membakar kayu api.”

Allahu’alam.....................

1 comment:

Anonymous said...

kalau dah namanya 'as******', selagi PMI xmendahului mereka, sampai itu lah mereka akan melawan kita.sabar je la nae