Sunday, June 15, 2008

NAIB CANSELOR KU




NAIB CANSELOR UNISAINS MALAYSIA, Prof Tan Sri Zulkifli bin Abd Razak pagi kelmarin menyampaikan amanatnya kepada semua peserta dan fasilitator sempena Bengkel Kecemerlangan Pelajar Islam Sekolah2 Menengah Pulau Pinang Anjuran Pusat Islam Unisains Malaysia…

Aku selalu ternanti2 untuk mendengar ucapan daripada NC USM ni. Kat USM, Tan Sri NC ni merupakan salah sorang tokoh yang aku minati. Cara dan gaya beliau berucap saja dah membuat aku tertarik.. Hmm, dalam bengkel pelajar islam tu, aku salah sorang daripada fasilitator, sempat la dengaq ucapan dan amanat. Dan aku rasa terpanggil untuk berkongsi apa yang aku dapat daripada ucapan tersebut… lebih kurang la, apa yang sempat aku catat….

Salah satu isi yang penting dalam ucapan tu ialah mengapa Unisains ni dijadikan sebuah universiti yang berkonsepkan dan bertemakan taman. Kepada sesapa yang bukan dari USM, kalau nak tau USM ni digelar ‘universiti dalam taman’. Pasal apa ??? mai la tengok sendiri…



Yang pertama kata NC, apabila kita melihat tumbuh-tumbuhan yang hijau, maka ia dapat mengingatkan kita kepada Allah sebagai Pencipta yang mutlak. Berbeza apabila kita memasuki kawasan yang hanya dipenuhi bangunan dan ‘hutan batu’, ianya tidak dapat mendatangkan ingatan kita kepada Allah Yang Maha Mencipta kerana semua tu dibina oleh manusia. Dan, apabila kita berada dalam kawasan yang dipenuhi ciptaan Allah, maka ia dapat membuatkan kita sentiasa merasakan bahawa kita diperhati oleh Allah.

Seterusnya, NC mengatakan bahawa tumbuhan2 tersebut menzahirkan keindahan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Adalah fitrah bagi manusia sentiasa menginginkan sesuatu yang cantik. Pakaian seharian dipilih yang indah2, kerja2 seharian contohnya pelukis, melukis lukisan yang indah2 kerana semua itu bisa menghadirkan ketenangan dalam diri. Berbeza kata NC sebuah taman dengan sebuah belukar. Dan berbeza juga sebuah taman dengan ladang getah. Berbeza pada zahirnya yang indah dan menyenangkan hati.

Sebuah taman juga kata NC, boleh menjadi pengubat jiwa. Pelajar dan staf yang penat bekerja boleh menghilangkan penat dan stress dengan melihat dan menikmati keindahan taman unisains ini. Keadaan yang tenang dan tenteram mampu membuat diri2 merasa nikmat Allah. Pernah katanya seorang balu kepada bekas naib canselor USM menghantar surat kepada beliau. Katanya dalam surat tersebut, bila si balu tersebut terkenang arwah dan merasa sunyi, maka dia akan datang ke USM untuk menikmati keindahan taman2 universiti.. maka mengapa tidak kita membuat perkara yang sama????

Pada persidangan UNESCO yang lepas, ahli2 persidangan memutuskan untuk mewujudkan ‘the Quranic Garden’ yang berkonsepkan taman2 seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Mereka mengakui bahawa hanya di dalam al-quran sahaja yang menyatakan tentang keindahan taman2. “….this is the only book that told us about the beauty of the garden.”….



Kesimpulan daripada ucapan tersebut, NC berpesan supaya kita manusia, jadilah seperti sepohon pokok yang rimbun dan sihat, berpunca dari akar yang sihat dan mampu menyerap semua kebaikan2 di dalam tanah, lalu disalurkan ke seluruh pokok tersebut. Begitulah hakikat manusia, akar tersebut umpama aqidah, pegangan manusia yang seharusnya hanya kepada Allah semata-mata. Dan manusia tersebut mampu menyerap segala kebaikan dan ilmu supaya mampu melahirkan seorang insan yang sihat serta mampu memberi kebaikan kepada manusia lain, sebagaimana pohon yang rendang dan berbuah lebat menjadi teduhan dan sumber makanan kepada makhluk lain….

Allahua’lam……..

1 comment:

rossees said...

emm..prof tan sri atau prof dato' dzulkifli? dah ada 'tan sri'? oh..tak sangka dia begitu.. well..tuan empunya hati semua sama..