Hari ini merupakan hari Jumaat pertama aku di dalam industri. Sejak awal ketika temuduga lagi, aku telah bertanya kepada pengarah kilang tentang waktu untuk solat.
Jawabnya mudah saja;
“Jangan selalu sangat, nanti orang nampak orang akan ikut.”
Aku hanya pendam, diam. Waktu rehat seperti ‘sengaja’ diawalkan pada hari biasa, kecuali pada hari Jumaat pada pukul 1.00-2.00 pm.
Aku tidak terkejut, malah seperti yang dijangka akan terjumpa. Terpaksa aku ‘lari’ untuk solat ketika waktu bekerja.
Selesai makan tengah hari, aku bergegas ke masjid. Ketika itu, azan kedua dikumandangkan. Jam kira-kira pukul 1.35 petang. Masjid masih lagi tidak penuh, jika dibanding dengan kawasan itu yang berpenduduk agak padat.
Khutbah hari ini cukup bertenaga. Khatib menyampaikan (membaca) khutbah dengan penuh semangat, tentang ciri-ciri manusia yang wujud di muka bumi.
Aku lihat jam di tangan. Lagi 5 minit hendak pukul 2 petang. Jam sengaja dicepatkan 6 minit, mengikut jam di pondok pengawal di kilang.
“You kena adjust itu jam kasi sama dengan ini jam. Kalau tidak nanti you masuk lewat 6 minit.” Lebih kurang begitu pesan pengawal keselamatan berbangsa india di kilang tempatku bekerja.
Ini hari ketiga. Sebolehnya aku mahu kekalkan rekod datang tepat pada waktunya setiap kali pertukaran fasa kerja. Tetapi, khatib masih lagi dengan dunianya yang penuh semangat berkobar-kobar.
Akhirnya khutbah selesai dibaca. Jarum jam masjid sedikit terpesong di sebelah angka dua. Bilal melaungkan iqamah. Solat jumaat didirikan hingga selesai. Aku segera menoleh ke belakang. Ramai yang berpusu-pusu keluar meniggalkan masjid. Aku berdiri, lalu menyelit di celah-celah makmum lain yang bersedia untuk berdoa.
Aku memecut pulang ke kilang. Sampai di pondok pengawal, aku mencapai ‘punch-card’ lalu memasukkannya ke dalam mesin masa.
“tupp!!!”
2.17pm. Itu waktu aku sampai di kilang. Aku telah berhutang 17 minit dengan pengusaha kilang, dan aku gantikannya semula dengan pulang kerja lebih lewat daripada biasa.
Sebaik saja aku menjejakkan kaki di ‘production area’, semua pekerja telah mula bekerja. Seakan-akannya telah lama berada di tempat masing-masing. Padahal boleh dikatakan aku antara yang ‘paling pantas’ meninggalkan masjid tadi. Ringkas cerita; TIDAK SOLAT JUMAAT.
Aku tertanya-tanya, malah persoalan ini telah bermain di minda sejak aku beri’tikaf di masjid tadi. Apa puncanya ramai muslim yang tidak hadir menunaikan solat jumaat.
Adakah kerana bos tidak benarkan keluar solat jumaat. Itu suatu yang mungkin.
Atau mungkin kerana mereka diberi masa sehingga pukul 2 petang sahaja, seperti aku. Lalu mereka telah tahu jika mereka pergi bersolat di masjid, pasti mereka akan pulang lewat ke kilang.
Lantas aku terfikir lagi, tidakkah pihak pengurusan masjid sedar akan hal ini. Aku yang baru sehari ‘berjumaat’ di situ sudah perasan ada sesuatu yang ‘tidak kena’ dengan kehadiran solat jumaat di masjid.
Jika keadaan seperti ini yang berlaku, masihkah perlu dipanjangkan khutbah sehingga melepasi pukul 2 petang. Bukankah khutbah yang dituntut itu ringkas waktunya.* Tidak perlulah ‘membebel’ di dalam khutbah. Cukuplah nasihat dan peringatan buat bekalan kehidupan buat seminggu.
Khutbah selama 10 minit sudah memadai. Ditambah pula solat selama 10 minit. Jika khutbah tamat awal, Insyaallah ramai yang lebih ‘berani’ untuk hadir solat jumaat. Maklumlah, dunia sekarang ini lebih ramai muslim yang takut kepada ‘bos’ daripada takutkan ‘Raja sekalian raja.’
Lebih-lebih lagi di kawasan perindustrian sebegini, pastinya lebih memerlukan kepekaan daripada pengurusan masjid. Agama jangan dilihat sebagai beban. Jika muslim sendiri melihat agamanya sebagai beban, bagaimana agaknya pandangan non-muslim terhadap islam. Pasti sangat buruk.
Kemungkinannya ada dua;
Sama ada MASJID TIDAK MESRA- Jika masjid tidak mesra ‘pelanggan’, maka nelayan tidak akan kembali bertandang ke masjid.
Atau mungkin sahaja MUSLIM TIDAK MESRA MASJID- kerana yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan hari pembalasan.
Apa yang pasti, masjid perlu sentiasa memikirkan masalah-masalah seperti ini dan mengambil tindakan yang paling wajar untuk mengatasinya.
Semoga minggu depan lebih baik daripada minggu ini. Amin…
* http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/soaljawab/soal7.htm
7 comments:
salam...
besar cbrn bekerja di kilang non muslim yg establish ya??
semoga allah kurniakan nta kekuatan..
insyaallah
Assalamualaikum...
Berusaha abg...=)
salam hisyam,
ada berhubung dengan salah seorang HR kat kilang di bayan lepas. Menurutnya, pernah diberi masa pada pekerja muslim untuk menunaikan solat Jumaaat.
Malangnya, ramai diantara mereka tu tak solat jumaat, tetapi menggunakan masa yang diperuntukan untuk perkara lain. Bila ditangkap oleh HR, keistimewaan tu ditarik balik. =MUSLIM yang tidak lekat dengan masjid.
Faktor khutbah tu pun benar. Panjang berjela, sampai makmum ramai tertidur.. signifikan? entah.
salam hisyam,
ada berhubung dengan salah seorang HR kat kilang di bayan lepas. Menurutnya, pernah diberi masa pada pekerja muslim untuk menunaikan solat Jumaaat.
Malangnya, ramai diantara mereka tu tak solat jumaat, tetapi menggunakan masa yang diperuntukan untuk perkara lain. Bila ditangkap oleh HR, keistimewaan tu ditarik balik. =MUSLIM yang tidak lekat dengan masjid.
Faktor khutbah tu pun benar. Panjang berjela, sampai makmum ramai tertidur.. signifikan? entah.
Salam...
Org melayu mmg byk yg begitu...
Masuk bersama2 ana, 2 orang lagi remaja melayu. sehari di sana, depa kata tak boleh tahan. nak balik ke kilang lama. kenapa?
depa kata kat kilang lama, kerja rileks. time kerja sempat lagi keluar merayau2, takdak sapa kacau. kalai shift malam, boleh balik rumah tidur dulu, lepas tu datang balik.
kerja macam ni yg remaja kita nak. So? kalau nak dikira solat, jauh sekali lah.
tapi byk artikel ana jumpa di internet yg minta khutbah dipendekkan, sbb kekangan tempat kerja. so, this is not a rare problem...
BUT actually, kerja dlm industri mmg mencabar... Its a fact...
Salam ya akhi hisyam,
itulah industri...industri yg kmas tinggalkan dek tak sanggup bersubahat dgn tabiat 'itu'...waima, hisyam as a muslimin pun sukar untuk menyesuaikan diri...kami yg muslimat ni apatah lagi...apa pun, life goes on, keep on learning bro!
All the best! ~ berhikmahlah dalam menyeru mereka (^_^)
Ini baru permulaan...
masih dalam fasa 'berkenalan' dengan kerja dan rakan sekerja.
Insyaallah akan ada perubahan.
sama ada perubahan cara kerja @ perubahan tempat kerja. Allahu'alam.
Post a Comment