Saturday, April 25, 2009

apa hikmahnya ??


Dari jauh kedengaran bunyi salakan anjing. Mulanya aku tidak mempedulikan salakan tersebut. Selalu benar aku melalui jalan pintas yang sunyi sepi lagi gelap gelita itu berseorangan. Tiada masalah untuk aku melintasi kawasan yang penuh berlopak itu walaupun pada pukul 2.30 pagi seperti hari ini.

Setelah pulang dari ’discussion’ dengan sahabat, singgah sebentar di restoran nasi kandar untuk menemani sahabat makan malam, walaupun sudah pukul 2 pagi. Sudah lewat pagi. Kawasan tanah merah yang gelap itu merupakan jalan pints untuk sampai ke rumah.


Tanpa mempedulikan salakan anjing tadi, aku terus memandu dengan berhati-hati, walaupun hati ini bercampur baur perasaan yang pelbagai. Masih terbawa-bawa ’mood’ discussion dalam keadaan mengantuk sebentar tadi.


Salakan kedua kedengaran. Kali ini bunyinya semakin kuat. Pasti sumbernya semakin dekat. Aku menoleh ke arah bukit bersemak, arah datangnya salakan tersebut. Tiada apa-apa yang dapat dilihat dalam gelap. Aku semakin berwaspada. Ke sekian kalinya, salakan kedengaran lagi. Kali ini lebih kuat dan berterusan. Dari jauh, aku melihat kelibat seekor anjing sedang berlari ke arahku.

Ya Allah !!!

Degupan jantung serta merta naik mendadak. Dalam keadaan jalan yang penuh lubang dan berlopak akibat hujan, dan jalan keluar ke taman perumahan masih jauh, aku mula memecut. Habis lopak dan lubang aku redah. Makhluk bernama anjing tersebut semakin dekat. Aku semakin kaget. Di hadapan terdapat simpang, dan selepas simpang itu, ada jalan yang berlekuk.

Motor yang dipandu laju melambung-lambung melanggar lopak. Simpang di hadapan akan menjadi penentu, samada aku berlanggar dengan tembok tersebut lalu jatuh dan digigit anjing, atau aku dapat melepasinya, lalu terselamat.

Hampir tergelincir motor akibat membelok sambil mengelak tembok dalam keadaan laju. Sempat aku mengalih pandangan ke belakang. Terlalu dekat jarak aku dengan anjing tersebut. Saat itu, aku hanya mampu menyerah diri kepada Allah. Sikit lagi untuk aku keluar dari kawasan tersebut.

Akhirnya..............

Aku melepasi kawasan tersebut. Namun anjing tadi masih lagi di belakang. Mujur, apabila aku mengambil jalan terus, anjing itu membelok ke kanan, seolah-olah aku tidak pernah wujud. Mujur juga kerana jalan di hadapan merupakan jalan mati, terus masuk ke kawasan flat.

Dalam kesyukuran, aku menyumpah seranah anjing tersebut. Aku berpatah balik untuk pulang ke rumah. Anjing tadi berada di hadapan, di tengah-tengah jalan. Sengaja aku memecut, seolah-olah mahu melanggarnya, walaupun aku tidak akan sanggup untuk melakukan perkara terkutuk tersebut. Hon dibunyikan berkali-kali. Amaran supaya anjing tersebut beredar ke tepi. Tidak pula aku mempeduli orang sekeliling yang telah tidur.

Setelah jauh aku meninggalkan anjing tersebut, aku mula tersedar. Aku tidak patut menganggap kejadian tadi sebagai suatu bencana atau tragedi, dan tidak pula patut aku memarahi anjing tersebut.

”Allah hantar anjing tadi untuk menyedarkan hang!” aku berbisik dalam hati.

Benar.!!! Mengelamun melayan hati dan perasaan lebih buruk implikasinya daripada dikejar anjing, hatta jatuh lalu digigit anjing.

Aku juga sedar, setiap sesuatu yang berlaku, walaupun pada zahirnya kelihatan buruk, namun ada sebab setiap kejadian itu berlaku. Terserah kepada kita, sejauh mana kita mahu meneroka setiap kejadian yang menimpa diri.

Aku beristighfar.....

Cukuplah. Walau apa pun yang terjadi sebelum ini, dan siapa pun yang terlibat...lupakan sahaja. Fikirkan positif.

CARILAH HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN YANG BERLAKU. !!!

(Al-Baqarah : 216)

ALLAHU’ALAM...


4 comments:

RrR said...

say thanks to epinephrine.. opps.. say thanks to Allah.. nice sharing..

Bro said...

selepas berjaya melepasi halangan 'anjing' itu, pasti selepas ini nta akan lebih yakin dan berani untuk ke situ lg..semakin berani..mungkin itu hikmahnya..dan satu lg,jgn balik lewat2 sangat..kesian kat rumate..nasib baik rumate dah nak keluar..hehe..peace

ihsan said...

alhamdulillah..syam.. nta selamat..
ana mcm kenal tempat nta kena kejar anjing tu. ana penah jatuh tertiarap bersama dengan motosikal untuk selamatkan diri dari anjing kt situ. kejadian berlaku 2 tahun lepas kul 10mlm masa nak p meeting PIP.. teruskan melalui jalan itu..tapi ingat, cuba elakkan lepas kul 12 mlm..

pali said...

penah dikejar anjing semasa nak gi lab masa final year, jam 3am, kat area blakang rumah sewa tu konon nak ikut short cut gi pintu masuk bukit gambir.

tau2 ja, ada benda hitam terjelir2 mengekori lampu merah motor ( tgk dari side mirror).

Panik, lalu memecut~ kemudian, hmpir dengan jalan besar di hadapan petronas, lintas lagi sekor anjing besar warna perang. Ya Allah! Besarnya cubaan! keh3.