Wednesday, November 5, 2008

kita peka atau pekak..!!


kelmarin...
aku terpandang akhbar tabloid ni di sebuah kedai buku..

perlukah ???
aku bertanya diri sendiri.....

perlukah berita sebegini disiarkan ??
malah menjadi berita di muka hadapan...


penting sangatkah cerita tentang mereka berdua kepada masyarakat Malaysia ?
atau lebih spesifiknya, kepada bangsa MELAYU...
bangsa aku...
dan bangsa kamu.....

penting sangat ka ???

berita di atas hanyalah 1 daripada beribu2 berita berkenaan artis yang menjadi tajuk muka hadapan di akhbar2 tempatan..

apa maksudnya ??

maksudnya..bangsa kita (walaupun bukan semua) terlalu memuja artis...
terlalu mendewa2kan hiburan.
sehingga mereka termasuk dalam hadis rasulullah tentang keadaan akhir zaman..
di mana artis2 menjadi pujaan..

hendak salahkan pihak akhbar kerana mengeluarkan berita2 sedemikian..
pastinya pihak akhbar mengatakan semua itu atas permintaan..
akhbar hanya mahukan keuntungan..
maka kehendak pelanggan pastinya menjadi keutamaan..

pelanggan mahukan hiburan..
mahu tahu tentang artis kesayangan..
mahu tahu apa yang mereka makan..
mahu tahu artis punya pakaian..
mahu tahu bila nak melangsungkan perkahwinan..
mahu tahu bila dan di mana nak berbulan madu..
mahu tahu segala2nya tentang artis kesayangan mereka..
hingga warna baju dalam pun, kalau boleh hendak tahu..

padahal banyak lagi perkara yang mereka tidak ketahui dan tidak mahu peduli..
saudara2 kita di Palestin, siapa peduli ??
anak2 miskin yang tak dapat bersekolah.. siapa peduli ??
umat islam ditindas di negara2 islam.. siapa peduli..??
perundangan islam dicabar di dalam negara sendiri.....siapa peduli??

bila ditanya tentang IFC...
langsung tak pernah dengar..

bila disebut tentang artikel 121..
juga tak pernah dengar..

tapi bila ditanya tentang MAWI, SITI..
diceritanya dari A sampai Z..

masyarakat sudah kurang sensitif tentang isu2 yang melanda umat..
mereka hanya mahu tahu tentang artis...
mereka hanya mahu peduli tentang hiburan..

konsert AF.. langsung tak pernah ditinggalkan..
konsert SURE HEBOH.. di mana saja, pasti tak ketinggalan..
KULIAH MAGHRIB.. maaf, saya tak berkesempatan...

umat islam ramai yang lupa tentang keutamaan..

HARTA.. mereka tidak tahu ke mana sepatutnya dilabur..
maka artis2 pujaan terus diundi, walaupun habis duit beribu2..
tak mengapa.. janji artis kesayangan aku menang..mendapat nama..menjadi kaya..
tapi diri sendiri, walaupun artis tersebut pun tak kenal diri ini..tak mengapa..ini pengorbanan ..
akhirnya, diri sendiri terkorban. setiap wang yang dilaburkan untuk menaikkan artis kesayangan, akhirnya mendapat 'keuntungan' berlipat ganda.. dihisab di akhirat sebagai DOSA.. ya !! DOSA PERCUMA..

MASA..mereka tidak tahu apa sepatutnya dilakukan..
majlis2 ilmu yang banyak, langsung tidak dipedulikan..
katanya, hanya untuk orang baik2..
maka tempat2 hiburan menjadi tempat persinggahan..

TENAGA DAN PEMIKIRAN.. mereka tak tahu ke mana sepatutnya disumbangkan..
maka mereka merancang program2 yang hanya melekakan..
mengajak manusia yang lain bersama2..
bukannya menymbang ke arah membangunkan modal insan..
seperti yang sering dilaung2kan...
malah, iklan2 program ilmu dikoyak2kan..

hal inilah yang berlaku..
apabila umat islam lupa kepada tujuan mereka dicipta...
dicipta untuk mengabdikan diri kepada Pencipta..
bukan kepada dunia..

sungguh.!!
kekadang kita terlupa..
kekadang kita terleka..
kekadang kita alpa..

sebab itulah, pentingnya kita bersama2..
dengan mereka2 yang sayangkan agama..
yang cintakan Allah..
yang kasihkan rasul..
yang sering saling ingat mengingatkan..

supaya, apabila kita terkeluar dari landasan kehidupan,
ada yang sudi menarik kita.. kembali ke jalan tuhan..
semoga terus kekal di jalan yang selamat..
sehingga kita pergi, menemui Pencipta..

Wallahu'alam....

3 comments:

farah said...

salam..
jadi, apa yang perlu kita lakukan??? sekadar tengok masyarakat dihanyut arus dunia atau mcm mana???? sama2 bagi cadangan kaedah untuk menyelesaikan masalah itu..walaupun, hakikatnya payah untuk di settlekan.. :(

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

laaa...
tulis panjang2 tadi..
connection failed ler plak...
dah x ingat dah ayat yg ditulis tadi... Hmm,...

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

hmmm,,,
penyelesaian ana tak pasti..
tapi lebih kepada tanggungjawab individu..

yang pertama, semestinya individu perlu memahami kondisi masyarakat, dan berusaha untuk betulkan diri.. then, bermula dengan family.. ana yakin, masalah ni mostly melibatkan family. tak terkecuali family ana..

alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pemikiran family.. then, baru meresap masuk dalam masyarakat (terdekat)..

organisasi..??
ana tak nampak peranan secara langsung. mungkin dengan penganjuran program2 alternatif utk masyarakat..

peranan terpenting organisasi islam ialah untuk melahirkan kader2 yang faham islam dan ada kesedaran dalam diri utk merubah masyarakat. so, ahli2 nie lah yg perlu berperanan sbg juru bicara dalam masyarakat. dah balik kepada peranan individu..

hanya lontaran pandangan..
Allahu'alam..