Sunday, October 5, 2008

akukah itu??


apa reaksi dan persepsi sahabat2 bila tengok gambaq nie?? sila komen..!!

hmm, bila sorang senior tengok gambaq nie dalam kamera aku, dia kata "nie punca kemenangan islam tertangguh".

sebagai seorang ahli TEGAR persatuan mahasiswa islam, mungkn tak patut aku terlibat dengan aktiviti2 macam nie. (pndangan sesetengah orang...

walaupun pandangan aku mungkin berbeza, tapi tell u what, gambaq tu hiasan semata2.
aku sekadar 'posing' sebentar dengan kayu dan bola2 pool tu. bukannya pandai main pun.

Dah tak pandai main, apa aku buat kat situ?? sekadar turun padang, melawat anak2 muda-mudi pada malam raya kedua. lokasi: pasific (megamall pinang). masa : 12 malam..

sebenarnya aku baru habis main bowling kat sebelah pusat snooker tu. pegi temankan abang dan kawan2 dia. habis bowling, depa singgah ke tempat snooker pulak. aku sekadar mengikut. nak jugak aku lihat 'kehidupan' abng aku n kawan2 dia. sekadar jadi pemerhati, aku perhati kawasan sekeliling tempat tu.

hmm, tempat2 macam tu mmg jadi tumpuan anak muda. sewaktu baru sampai ke situ pkul 11 mlm, berduyun-duyun anak muda baru keluaq dari pawagam. then, sekumpulan yang lain pulak masuk ke dalam. di sebelah tempat snooker, pusat karaoke. kekadang geli hati aku dngaq mamat2 n minah2 tu menyanyi. bukan tak sedap, cuma sumbangnya terlalu banyak.. tak sampai hati nak gelakkan diorang. sekadar menggelengkan kepala.. kesiankan diorang.

kat tempat tu, bole la kalau nak jumpa dengan belangkas2 berkaki 2. shopping complex dah tutup, tapi ramai lagi yang berlegar2 kat bahagian bawah tu. apa yang diorang buat, Allahu'alam.

terfikir sebentar..
bersyukur rasanya kerana aku tak diberi masa yang terlalu banyak untuk perkara2 sedemikian. tapi, sekadar bersyukur untuk diri sendiri, seolah-olah mementingkan diri.

berbalik kepada permainan snooker dan seangkatan dengannya,kekadang aku tertanya2, mengapa senior aku kata perkara nie punca kemenangan islam tertangguh bila tengok gambaq aku ber'main' snooker? keji sangatkah permainan tu? haramkah? kalau haram, kenapa? hmm, mungkin pasal permainan tu melekakan?? bola sepak pun melekakan.. jadi haram jugakkah?

ataupun, snooker nie haram untuk para penggerak islam saja?? mungkin sebab tak mahu golongan2 nie terlalai dari mengingati Allah...?? apa pun alasan, bagi aku perlu kekadang untuk para penggerak dakwah nie bersama2 dengan golongan remaja2 nie, sama2 melalui dan merasai kehidupan mereka. baru tau apa yang mereka suka, mengapa mereka suka perkara2 tersebut dll. tapi make sure, jgn jadikan tabiat plak...

masa aku perhatikan permainan tu, bnyak benda yang aku tak tau. tetiba sorang nie keluarkan daun terup. aku jadik hairan. apa kena mengena daun terup dengan snooker@pool? rupa2nya, no. kat daun tu menentukan bola yg nak di 'attack'. then, bila silap bola masuk, depa letakkan duit kat sebelah. aku pun tanya la, main nie pun nak pakai duit ka? mula syak kot2 la depa dok bertaruh. but not like that, duit tu untuk bayaq duit sewa meja. macam yg pernah kita buat, kalau kalah kena belanja.

hmm, kekadang kita nie melihat kelompok2 seperti nie terlalu hina dan rendah, padahal kita tak pernah pun cuba dekati depa, amik tau hal depa, dll.. sekadar menuding jari..

tak sepatutnya kita seringkali mengharamkan sesuatu perkara, tapi yang lebih penting kita fikirkan bagaimana untuk menjadikannya lebih baik... macam snooker !!! macam mana? fikirkan la..

cuba sahabat2 fikirkan perkara nie dalam2..

andai kata ditakdirkan ISLAM memerintah negara nie suatu masa nanti, apa jenis hiburan yang nak disajikan kepada golongan2 remaja dam muda-mudi nie.?

nak suruh depa dengaq kuliah tiap2 hari? nak suruh depa mengaji tiap2 hari? duduk kat skolah pondok? habis diorang smua lari.

huh!!! kalau kita tak pernah selami kehendak jiwa depa, itu la yg akan kita paksa depa buat. padahal dakwah tu dengan hikmah. 'games' macam tu pun sebenarnya bole jadi medium dakwah. but kelompok2 yang hanya sunnahkan diri sendiri saja dan membiarkan orang lain takkan nampak perkara nie..

hmm, sama2 kita fikirkan bersama...

Allahu'alam...

1 comment:

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

salam'alaik ya hisyam... huhu.. pandangan orang.... tidak mengapa.. bertebarlah serata alam.. kalau mainpun apa salahnya??... jangan sampai lalai dan terlalu berseronok cukup... kadang2 kita memang perlu masuk tempat2 mcm tu.. kalau bukan kita.. sampai bilapun x de sapa yg nak dakwah sehingga ke sana.. adakah kita hanya perlu berdakwah kepada mereka2 yang memang sudah ada kesedaran??... x pe la.. ambil ia sebagai suatu pendapat...