Friday, October 10, 2008

K.E.Y.B.O.A.R.D


Diri kita umpama butang2 pada papan kekunci atau lebih popular dengan nama keyboard. Di sana terdapat pelbagai jenis butang dengan pelbagai jenis huruf dari A hingga Z, nombor 0 hingga 9, tanda noktah serta koma dll. Semuanya memainkan peranan penting dalam membina sesuatu perkataan menjadi ayat yang sempurna.

Walaupun tanda noktah hanyalah satu titik kecil di bahagian bawah keyboard, tetapi tanpa tanda noktah, tentu sekali rangkaian ayat yang ingin dibina tidak akan menjadi sempurna. Tunggang langgang serta mengelirukan.

Begitu juga dengan diri kita......

Pada pandangan masyarakat, ada yang dianggap mulia, ada yang dianggap hina. Ada juga yang miskin dan ada juga yang kaya. Yang berupaya dan juga yang kurang upaya. Seperti huruf ‘A’ yang merupakan huruf yang paling banyak digunakan, dan huruf ‘W’ atau ‘X’ yang sangat jarang digunakan, mewakili orang yang dipandang dalam masyarakat dan yang biasa.

Hakikatnya dalam islam, yang kaya, yang miskin, yang mulia, yang hina, yang berupaya, yang kurang upaya dan yang mewakili apa2 sahaja sifat, masing-masing punya peranan dan tanggungjawab dalam menegakkan agama Allah.

Ada yang berpendapat, dakwah itu hanya dengan penyampaian ilmu agama kepada orang lain. Maka dia bertungkus-lumus mempelajari ilmu agama dengan niat untuk ‘mengajar’ orang lain. Tetapi kita kena sedar, tak semua manusia dikurniakan kemampuan untuk mendalami ilmu2, apatah lagi ilmu agama. Adakah golongan2 seperti ini tak layak untuk menjadi ‘tentera2 Allah’ yang sama2 memperjuangkan agama Allah.?Seperti yang dikatakan tadi, masing-masing punya peranan.

Satu forum ilmu hendak diadakan. Ramai yang hanya melihat para panelis forum sebagai orang terpenting dalam program tersebut. Mereka merupakan pendakwah kerana memiliki ilmu dan kemampuan menyampaikan ilmu. Tapi bagi aku, bukan mereka yang menjadi item terpenting dalam program tersebut. Masih ramai lagi, yang lebih besar peranannya dalam menjayakan majlis ilmu tersebut.

Orang yang berjaga sehingga larut malam mengatur program tersebut, mungkin tidak mempunyai ilmu yang banyak untuk disampaikan, tetapi pemikiran dan tenaga mereka sumbangkan untuk menjayakannya. Orang yang bersengkang mata menyiapkan poster2 dan banner2 untuk mengiklankan program tersebut, sumbangan mereka lebih besar dan bermakna. Lebih bermakna kepada mereka2 yang berjaga malam, menggantung dan memasang banner2 di tempat2 strategik untuk memberitahu orang ramai serta menarik orang datang ke majlis ilmu tersebut.

Matlamat akhir, untuk memberi kefahaman agama kepada masyarakat. Tetapi dalam proses menyampaikan ilmu tersebut, siapa yang lebih penting peranannya? Adakah ustaz2 tadi? Atau adakah pengatur program? Atau adakah pelukis iklan? Atau adakah penggantung banner? Tentu sekali semuanya memainkan peranan yang penting. Ustaz yang berilmu pengetahuan luas dalam bidang agama, tak semestinya beliau pandai melakar iklan. Pengatur program yang pandai melaksanakan tugasan, mungkin sahaja kurang ilmu agamanya. Pelukis iklan yang kreatif melakar, hanya tahu melakar barangkali, tetapi gayat untuk menggantungnya di tempat tinggi.Dan penggantung banner yang sanggup bersusah payah, hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan. Semuanya diberi ganjaran pahala yang banyak oleh Allah, asalkan mereka melakukannya dengan ikhlas semata2 kerana Allah..

Ummu Mahjan, wanita yang hidup pada zaman Rasulullah, seorang yang berkulit hitam, miskin lagi tua dan lemah. Namun masih merasakan ada kewajipan baginya untuk islam. Lalu digagahkan dirinya untuk membersihkan masjid serta membuang segala sampah dan kotoran di masjid, kerana baginya, masjid merupakan pusat bagi umat islam, tempat bermesyuarat para pemimpin islam, tempat berkumpul para pahlawan islam, dan tempat beribadah bagi umat islam. Pemergian beliau sangat dirasai oleh rasulullah S.A.W.

JADI.. apa lagi alasan kita untuk tidak sama2 berperanan dalam menegakkan agama Allah. Adakah kita lebih lemah dan miskin daripada Ummu Mahjan. MALU sekiranya kita terutamanya golongan remaja, para mahasiswa tidak sama2 melibatkan diri dalam gerak kerja islam.

Takkan menggantung banner dan tampal poster pun tak mampu?

Fikir2kanlah....
Renungan untuk diri sendiri dan para sahabat yang dikasihi sekalian...


No comments: