Wednesday, October 29, 2008

PENYESALAN......

Semalam, sempat aku mengikuti 1 kuliah maghrib. Mulanya tersilap masjid kerana tersilap maklumat. Tapi, hati ini terlalu kuat menyuruh aku pergi ke masjid lain, siapa tahu, mungkin ada kuliah maghrib. Alhamdulillah, akhirnya aku bertemu dengan masjid yang sepatutnya aku pergi.

Hati aku sudah terlalu gersang dan tandus.. terlalu banyak maksiat dan dosa2 yang terisi tanpa dicuci dan disuci dengan amalan kebaikan. Jiwa aku terasa seperti hampir mati kehausan lantaran tidak disiram dengan peringatan2 dan amaran2 dari ayat2 Allah.

Tapi semalam, melangkah keluar saja aku dari masjid, terasa ketenangan dan kedamaian hati yang teramat sangat. Benarlah, dengan mengingati Allah, hati2 akan menjadi tenang. Tenang sekali. Semoga keberadaan aku dalam ’taman syurga’ semalam mendapat keampunan Allah lantaran para malaikat yang berbaris2 memohon keampunan kepada para pengunjung ’taman syurga’ iaitu majlis2 ilmu.

Aku akui, sudah agak lama hati ini tidak diingatkan dengan ayat2 Allah. Apabila dibacakan kembali peringatan2 tersebut, hati tak dapat menahan sebak, mudah sungguh mata ini mengalirkan air mata. Hati terasa bergoncang apabila diberitakan tentang penyesalan2 para penduduk akhirat lantaran kealpaan mereka ketika di dunia.

”hai orang2 yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa2 yang kamu kerjakan.”
(Al-Hasyr ; 18)

Banyak terdapat dalam Al-Quran, Allah menceritakan tentang penyesalan orang2 yang di dunia dahulu, mereka lupa, mereka alpa dan juga leka. Maka di akhirat nanti, mereka akan meminta2 daripada Allah supaya diberikan peluang untuk kembali ke dunia supaya dapat melakukan amal soleh.

”......hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata, ”ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan..........”
(Al-Mu;minun ; 99-100)

”dia mengatakan, ”alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini.” (Al-Fajr ; 24)

”........pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tanggannya, dan orang kafir berkata, ”Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah TANAH.”
(An-Naba’ ; 40)

Hatta, orang yang telah diberi ganjaran kebaikan di akhirat pun masih lagi menyesal kerana tidak menggunakan peluang sebaiknya sewaktu hidupnya untuk melakukan amalan kebaikan yang lebih banyak. Dalam sebuah hadis yang menafsirkan surah Al-zilzal...

”pada hari kiamat, setiap orang akan menyalahkan diri sendiri. Jika dia seorang yang baik di dunia, dia akan berkata. ”mengapa aku tidak menambah kebaikan ku.” jika dia seorang yang fasik dan ahli maksiat, dia akan berkata. ”mengapa aku tidak berhenti melakukan maksiat kepada Allah semasa hidupku.” (Auw kama qal)

Dalam penghujung ayat ke-18 surah Al-hasyr, Allah berfirman, ”Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa2 yang kamu kerjakan.”

Perkataan ta’maluun beerti Allah mengetahui segala apa yang kita lakukan bukan sahaja pada masa lepas, malah Allah juga mengetahui apa2 yang kita lakukan sekarang dan juga pada masa akan datang. Maka Rasulullah mengajarkan kepada kita satu doa.

(( Allahumma inni as aluka fi’lal qhairaat, watarkal munkaraat, wahubbal masakiin ))
”Ya Allah, aku memohon kepadaMu supaya dapat melakukan perkara yang baik pada masa akan datang dan mampu meninggalkan kemungkaran dan maksiat. Dan juga sentiasa mencintai orang2 miskin.”
(auw kama qal)

Ayat seterusnya...

”dan janganlah kamu seperti orang2 yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa pada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang2 yang FASIK.”
(Al-Hasyr ; 19)

Manusia sering sahaja terlupa, untuk apa mereka diciptakan. Padahal, Allah telah menjelaskan dalam ayatNYA. ”tidak aku ciptkan Jin dan Manusia, kecuali untuk beribadah kepadaKU.” (Az-zariyat ; 56)

Malah, ada manusia yang tidak mengenal tuhan. Mereka menjadikan nafsu sebagai tuhan. Menjadikan harta sebagai tuhan. Menjadikan pangkat sebagai tuhan serta sembahan. Malah mengagung-agungkan sesama manusia. Padahal mereka telah melafazkan janji kepada Allah bahawa hanya Dia sahaja Tuhan seluruh Alam.

”........bukankah Aku ini Tuhanmu?. Mereka menjawab. ”BAHKAN, (Engkau Tuhan kami. Kami menjadi saksi.........”
(Al- A’araf ; 172)

Maka mereka itu adalah golongan2 yang akan menghuni neraka2 Allah dan mereka jualah orang2 yang rugi.

”tiada sama penghuni2 neraka dengan penghuni2 syurga. Penghuni2 syurga itulah orang2 yang beruntung.” (Al-Hasyr ; 20).

Allah memberi satu peringatan dan tamsilan kepada manusia.

”kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk hancur disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan2 itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.”
(Al-Hasyr ; 21)

Allah menyuruh manusia berfikir. Sekiranya gunung yang dibuat daripada batu pejal tersebut pun hancur berkecai kerana takut menanggung segala suruhan dan amanah Allah, adakah hati manusia yang lembut itu tidak terkesan dengan Ayat2 Allah. Sesungguhnya hati2 manusia itu lebih keras daripada batu2 gunung.

Fikir-fikirkanlah serta renung-renungkanlah.

Sama2 kita ambil ikhtibar dan pengajaran. Hati manusia bisa dilembutkan apabila didengarkan ayat2 Allah. Cuma keegoan dan sifat sombong yang menyebabkan ia terus keras dan mati daripada mengingati Allah..

Allahu’alam...

P/s : Peringatan di atas merupakan antara isi kandungan kuliah maghrib yang sempat aku catat dalam handset pasal tak bawak kertas dan pen. lain kali kalau nak pi majlis ilmu, jgn lupa bawak buku catatan n pen. Nanti menyesal tak dapat nak salin dan lupa..... 





1 comment:

Anonymous said...

http://my.opera.com/azmibhr/blog/2008/10/29/dimana-kebahagiaan

renungan menginsafkan